Pemansuhan caj RM1 di bank ringan beban kewangan, lancar aliran tunai harian

TAWAU – Pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran automatik (ATM) dan mesin kitar semula pintar (SRM) yang berkuat kuasa hari ini dilihat mampu meringankan beban kewangan rakyat

Langkah itu, turut membantu melancarkan aliran tunai harian, khususnya dalam kalangan pengguna yang kerap melakukan transaksi.

Tinjauan The Malaysia Press di bank dan SRM sekitar Tawau mendapati, rakyat menyambut baik langkah tersebut yang disifatkan memberi kelegaan segera dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Seorang peniaga kecil, Farhana Bakri, 38, berkata, dia yang berniaga kerap kali ke bank kerana mengeluarkant unai yang banyak apabila pelanggan membayar secara ‘QR transfer’ setiap hari.

“Jadi kami bersyukur sangat sebab tiada suda caj begini sebab bila saya pengguna bank lain, lepas tu mahu buat pengeluaran di bank lain, sebelum ini kena caj.

“Terima kasih kepada pihak yang membantu agar caj RM1 di ATM dimansuh. Mungkin bagi orang lain biasa tapi bagi saya besar nilainya, ” katanya ketika ditemui, pada Rabu.

Bagi Sabturiah@Mia Jumadil, 53, berkata, pemansuhan itu membolehkannya mengeluarkan wang tunai dari pelbagai bank dan tidak terhad hanya satu bank.

“Dulu RM1 itu prosedur mereka dan macam saya di luar bandar, bank semua kebanyakan di bandar jadi saya selalu buat pengeluaran di SRM Petronas atau Petron saja yang ada caj tu RM1, ” katanya.

Hervuddin Hasyim, 49, juga turut menyambut baik pemansuhan itu yang disifatkannya amat bermakna untuk golongan berpendapatan rendah.

Dia turut menzahirkan penghargaan kepada persatuan-persatuan industri perkhidmatan kewangan atas pemansuhan itu.

Seorang ibu tunggal, Nur Ainul Mardiah Theodorus, 56, dari Taman Semarak turut senada berikutan pemansuhan membantu pengurangan kos Sara hidup masa kini.

“Kalau lima kali pengeluaran, caj RM5. Kalau isi minyak motor dulu RM5 ok sudah sebab hari-hari guna motor kan.

“Bagi saya terima kasih sangat sebab memudahkan dan mereka memang buat yang terbaik (kerajaan dan persatuan), ” ujarnya.

Untuk rekod, 15 Jun lepas, tiga persatuan industri perkhidmatan kewangan memaklumkan pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) bank tanpa membayar yuran RM1 bermula 1 Julai 2026.

Tiga persatuan berkenaan ialah Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM), Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM).

Menurut kenyataan bersama mereka, inisiatif itu membolehkan pemegang kad debit Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara tanpa mengira bank penerbit mereka dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak