Tun M sepatutnya bayar ganti rugi, pedoman buat generasi muda jangan gadai maruah negara

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin yang memberi cadangan agar Malaysia menuntut ‘ganti rugi’ dari Singapura berikutan kehilangan Batu Puteh.

Kadir berkata, mendapatkan resolusi diplomatik akan lebih bermanfaat bagi Malaysia, terutamanya memandangkan konteks sejarah dan undang-undang yang kompleks mengelilingi kedaulatan Batu Puteh daripada mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mohd Puad, akibat tindakan Mahathir yang menamatkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Malaysia terpaksa menanggung ganti rugi kepada kerajaan Singapura hampir RM6 juta ketika itu.

“Menurut A Kadir Jasin iaitu orang kuat Tun M, lebih afdal jika kerajaan Malaysia mendapatkan ‘ganti rugi’ kerana kehilangan Batu Puteh. Tidak memadai dengan mendakwa Tun M sahaja.

“Nak tanya Kadir Jasin, ganti rugi dari siapa? Dari Singapura? Malaysia tak pasal pasal membayar ganti rugi kepada Singapura kerana projek HSR dibatalkan oleh Tun M.

“Sebab itu Tun M mesti disiasat dan dikenakan tindakan. Apakah mungkin ada kaitan membatalkan semakan kehakiman Batu Puteh dengan setuju membatalkan projek HSR?” katanya di Facebook pada Isnin.

Terdahulu pada Khamis, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, mengesyorkan siasatan jenayah dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mahathir mengetuai jemaah menteri pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ), yang memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh.

Laporan akhir yang diklasifikasikan itu telah diserahkan oleh Pengerusi RCI, Tun Md Raus Sharif kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara pada 12 Ogos lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Jumaat mengesahkan laporan RCI itu akan dibentang di sidang Dewan Rakyat.

Tambah beliau yang sekali lagi menegaskan bahawa amat penting pendakwaan ke atas Mahathir diteruskan dan akan lebih banyak pembongkaran dapat dilaksanakan.

Ujarnya, pendakwaan ini boleh dijadikan pengajaran kepada generasi akan datang supaya tidak menjual maruah negara kerana dendam politik.

“Sebab itu mendakwa Tun M amat penting. Semoga banyak misteri terbongkar.

“Tun M patut didenda jika bersalah. Denda itu sudah memadai sebagai “ganti rugi” kerana menjual kedaulatan negara. Denda RM1K pun ok.

“Ia simbol pengajaran untuk anak cucu jangan memandai jual maruah negara kerana dendam politik,” katanya.

Related Posts

SPR tingkat kesiapsiagaan hadapi kemungkinan pilihan raya dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti