Kampung sekitar Sungai Belat berisiko banjir

KUANTAN – Sembilan kawasan termasuk tujuh kampung di sekitar Sungai Belat dekat sini, berisiko banjir susulan amaran hujan berterusan tahap waspada diramal bermula hari ini hingga Rabu.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir membabitkan sembilan kawasan iaitu Kampung Batu 5 Jalan Gambang, Kampung Belukar, Kampung Gudang Rasau, Kampung Kurnia, Kampung Semangat, Kampung Telok Mahang, Sungai Isap, Taman Pandan Aman dan Kampung Sri Damai.

Kenyataan itu memaklumkan, risiko banjir dijangka berlaku di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Sungai Belat.

“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk, terutama di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir.

“Oleh itu orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicInfoBanjir untuk maklumat lanjut,” katanya.

Sementara itu, laman sesawang JPS melaporkan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran melepasi paras amaran dengan merekodkan bacaan 26.60 meter pada jam 8.15 pagi.

Empat sungai melepasi paras waspada pula ialah Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh; Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Pekan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut