Taska wajib pamer plak pendaftaran tahun depan

SEMUA taman asuhan kanak-kanak (taska) berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwajibkan memaparkan plak nombor pendaftaran di premis mereka berkuat kuasa tahun depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu diambil bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska menempatkan anak-anak mereka.

“Kementerian saya sering menerima soalan berhubung taska tidak berdaftar dan bagaimana cara mengenal pasti jika mereka tidak pernah memohon lesen daripada JKM.

“Mulai sekarang, semua taska diwajibkan menampal nombor pendaftaran di dinding premis supaya ibu bapa tahu taska tersebut berdaftar,” katanya dalam sesi sembang santai sempena Malam Media Sarawak, di Kuching, malam tadi.

Beliau berkata, inisiatif itu adalah antara agenda utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi 2025.

Dalam pada itu, Nancy berkata, agenda lain bagi tahun seterusnya termasuk menggerakkan inisiatif Bantuan Yuran Pembelajaran Anak Autisme serta pembangunan Pusat Perkhidmatan Autisme, masing-masing dengan peruntukan RM15 juta dan RM5 juta.

“Perdana Menteri telah mengumumkan perkara ini dalam Belanjawan 2025. Ia adalah inisiatif baharu untuk menjaga kebajikan anak autisme dengan pendekatan lebih fokus melalui intervensi awal, tanpa meletakkan mereka bersama anak-anak bukan autisme,” katanya.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor