Desakan cepatkan PRN Sabah akan susahkan rakyat – Jonnybone

KOTA KINABALU – Desakan daripada pihak tertentu bagi mempercepatkan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) akan membawa kesusahan rakyat.

Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Jonnybone J Kurum berkata, desakan daripada pihak tertentu itu adalah tidak wajar dan sebaiknya dilakukan selepas penggal pentadbiran GRS tamat.

“Kita mahu habiskan bajet yang sudah kita putuskan untuk dibelanjakan kepada rakyat, jangan heret mereka semata-mata untuk menukar kerajaan.

“Selepas itu selesai, baru sesuai bubar Parlimen dan adakan pilihan raya biarlah rakyat yang menentukan.

“Kasihan rakyat jika sering kali bertukar kerajaan dan pentadbiran, itu akan menyusahkan mereka,” katanya ketika pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pemuda GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun serta Presiden Parti komponen GRS.

Sementara itu, beliau turut mengulas berkenaan penggunaan media sosial sebagai medium penyebaran video rasuah yang mengaitkan pemimpin GRS dalam perbuatan rasuah.

“Kita sedih mengenai penggunaan media sosial ini kerana penyebaran perkara-perkara yang tidak betul semakin berleluasa seperti video yang memburukkan barisan pemimpin GRS baru-baru ini.

“Kadang-kadang perkara yang betul jadi tidak betul, yang tidak betul pula jadi betul sebab itu bagi saya ini adalah permainan politik yang melampau.

“Apapun yang berlaku dalam rakaman itu, sesiapa saja boleh buat, bukan? Terutamanya bila ada niat untuk menjatuhkan kerajaan.

“Jika dibandingkan perkhidmatan kerajaan terdahulu, kerajaan kini adalah lebih baik, maka untuk menjatuhkan kerajaan ini, kena cari cara lain.

“Ini bukan sesuatu cara yang betul untuk membanteras rasuah, tidak adil jika seorang wakil rakyat mendapat hadiah pada Hari Lahir pun jadi satu rasuah, hadir perkahwinan anak satu rasuah dilihat bersama kontraktor dianggap rasuah,” katanya.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala