Kg Kiau Kota Belud bakal membangun selaras pemilihan Kampung Angkat Madani

KOTA BELUD – Potensi Kampung Kiau dalam bidang pertanian, pelancongan dan aktiviti sukan lasak akan dibangunkan selaras pemilihannya sebagai Kampung Angkat Madani, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ewon Benedick.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian memilih Kg Kiau sebagai Kampung Angkat Madani kerana kampung itu amat dekat di hatinya dan menyedari masih banyak keperluan dan pembangunan yang diperlukan.

“Saya memilih kampung ini kerana saya membesar dan bersekolah di sini dan melihat masih banyak keperluan serta masalah yang perlu ditangani.

“Saya yakin melalui pemilihan kampung ini sebagai Kampung Angkat Madani, kita dapat menangani masalah dan membangunkan potensi kampung ini terutamanya dalam bidang keusahawanan, pertanian, pelancongan dan aktiviti sukan lasak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kampung Angkat Madani Kampung Kiau dan perasmian Tamu Desa Kiau di Dewan Tamu Desa Kiau di sini, pada Ahad.

Ewon berkata, Program Kampung Angkat Madani adalah inisiatif Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai Kampung Angkat Madani, menjadi tanggungjawab saya untuk melengkapkan atau menambah baik keperluan pembangunan yang diperlukan penduduk Kg Kiau (Kg Kiau Taburi, Kg Kiau Nuluh dan Kg Kiau Bersatu).

“Pemilihan Kg Kiau sebagai kampung angkat tidak akan mengurangkan komitmen saya untuk memberi kepimpinan dan perkhidmatan terbaik kepada kampung-kampung lain,” ujar beliau.

Jelasnya, antara keperluan penduduk kampung yang akan dilaksanakan melalui Program Kampung Angkat Madani ialah pemilikan geran tanah melalui Program Pantas, kemudahan Tamu Desa dan pembiayaan kepada koperasi-koperasi yang terlibat dalam keusahawanan, pertanian dan pelancongan.

Pada majlis itu Ewon turut menyampaikan replika cek bernilai RM1.329 juta kepada 12 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian melalui Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) 2024.

Turut disampaikan sebanyak 325 geran tanah kepada penduduk Kg Kiau Taburi, Kiau Nuluh dan Kiau Bersatu.

Bantuan serta pembiayaan kepada beberapa koperasi dan persatuan daripada agensi-agensi Kuskop turut disampaikan.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari