Semangat kental tamatkan pengajian, bawa pulang ijazah, anugerah serta hadiah

KOTA KINABALU – Graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2024 mengakui semangat kental menghadapi cabaran menamatkan pengajian berhasil apabila berjaya membawa pulang segulung ijazah berserta anugerah dan hadiah.

Perkara itu dibuktikan sendiri oleh Muhammad Afiq Arlan, 24, graduan jurusan pengajian Kewangan Islam, UMS Kampus Labuan yang juga merupakan penerima Anugerah Kecemerlangan dan Bakti Siswa HiUMS (B40).

Dia berkata, perjuangannya menamatkan pengajian selama empat tahun di menara gading membuatkan dia terpaksa berhadapan dengan kekangan masa yang mencabar dan padat.

“Sebagai seorang mahasiswa amat penting untuk kita menguruskan masa dengan bijak. Dalam jurusan pengajian saya, bidang ini mempunyai jadual subjek yang padat.

“Dalam satu semester kami perlu menyempurnakan tujuh hingga lapan subjek berserta kerja kursus yang lain, jadi tekanan agak tinggi disebabkan itu, namun saya dapat mengatasi masalah tersebut dengan kekal tenang, teratur dan fokus.

“Ibu bapa menjadi pembakar semangat saya dalam menghabiskan pengajian ini kerana usaha saya ini adalah untuk membantu memberikan masa depan yang lebih baik kepada keluarga,” katanya ketika ditemui wartawan TMP di Majlis Konvokesyen UMS kali ke-26 tahun 2024 di sini pada Sabtu.

Berasal dari Sandakan, Afik anak kedua daripada empat orang adik beradik, bapanya seorang pemandu lori dan ibunya seorang suri rumah, kini berjaya mendapatkan pekerjaan di Takaful Ikhlas, Kuala Lumpur dan berkhidmat sebagai Pegawai Pematuhan.

“Saya tidak membuang masa, saya berusaha menghantar lebih kurang 200 permohonan dalam tempoh beberapa bulan sahaja dan berjaya mendapat jawatan dalam  pekerjaan saya sekarang.

“Saya berharap pihak kerajaan dan universiti dalam negara akan lebih peka membantu pelajar yang kurang berkemampuan dan saya juga sangat berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang saya terima sepanjang pengajian iaitu  Dermasiswa Zakat Sabah,” kongsinya.

Sementara itu, Abdul Hakim Abdul Wahid, 23, graduan jurusan pengajian Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan berkata, antara cabaran yang mengujinya untuk menamatkan pengajian adalah ketika menghadapi tempoh pandemik Covid-19.

“Situasi semasa pandemik tersebut menyebabkan sesi pembelajaran di seluruh dunia hanya berlangsung secara dalam talian yang bagi saya sangat kurang sesuai untuk bidang pengajian saya.

“Semasa ‘lock down’ sesi pembelajaran yang berlaku adalah tidak kondusif dan tidak berkesan kerana sukar bagi saya untuk belajar dalam keadaan itu.

“Bidang Sains Kesihatan memerlukan pengalaman belajar yang sebenar secara bersemuka dan saya cuba menguatkan semangat dengan terus berusaha kerana bidang ini adalah minat saya, itu yang menjadi pendorong kepada untuk saya teruskan pengajian,” katanya.

Abdul Hakim yang berasal daripada Kuala Lumpur juga merupakan penerima Hadiah Zainal Abidin Bador turut berharap agar bidang sains pemakanan yang diceburinya akan lebih berkembang terutamanya di Sabah.

“Saya kini merupakan seorang ahli nutrisi sedang menyambung pengajian dalam bidang Penyelidikan Dietetik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) maka saya berharap akan lebih banyak penyelidikan, peluang pekerjaan atau pakar dapat dilahirkan dalam bidang ini khususnya di Sabah,” katanya.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil