Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 lindungi kebebasan bersuara

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, cadangan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ini akan memberikan kebebasan bersuara rakyat Malaysia dengan garis panduan sewajarnya.

Menerusi temu bual bersama Astro Awani, Fahmi berkata, akta ini juga akan memastikan kandungan parodi dan satira tidak lagi dianggap sebagai jenayah.

“Takrif terma ‘jelik’ dikhususkan kepada jelik melampau berserta sejumlah huraian, sama ada dari aspek penguatkuasaan atau mahkamah untuk diteliti serta difahami.

“Kita hendak pertahankan hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara. Pada masa sama kita tetapkan batas-batas tertentu dan kita hendak jelaskan batas-batas ini.

“Selepas ini satira dan parodi tidak akan menjadi jenayah secara automatik. Maksudnya, satira dan parodi bukan jenayah, tetapi ada batas-batasnya juga,” katanya.

Berpandukan dokumen RUU yang diterbitkan di portal Parlimen Malaysia, antara huraian yang disertakan bagi menjelaskan istilah ‘jelik melampau’ ialah kandungan yang memaki dan tidak senonoh yang menyinggung perasaan ramai pihak termasuk rujukan yang kasar, ucapan bernada kebencian dan keganasan.

Menerusi huraian yang sama, pemaparan keganasan dalam laporan berita berdasarkan etika kewartawanan adalah tidak termasuk dalam maksud jelik melampau.

Begitu juga, apa-apa komunikasi yang dibuat dengan suci hati adalah tidak jelik melampau setakat mana komunikasi tersebut terdiri daripada pernyataan fakta, adalah benar pada isi dan fakta, dan terdiri daripada pernyataan pendapat.

Terdahulu, pada 2 Disember lalu, Fahmi telah membentangkan RUU berkenaan untuk Bacaan Kali Pertama di Dewan Rakyat.

Related Posts

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

SERDANG – Umat Islam perlu melakukan muhasabah dan memperkukuh sahsiah bagi memastikan Islam terus dipersembahkan melalui akhlak serta teladan yang baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

SERDANG – Kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan audit forensik terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam mesyuarat Kabinet, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cadangan berkenaan susulan saranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar