RM2 juta untuk industri durian Pahang

KUANTAN – Sebanyak RM2 juta dalam bentuk peruntukan diterima kerajaan Pahang sepanjang tahun ini bagi tujuan pembangunan industri durian.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak berkata, Pusat Pemprosesan Durian di negeri ini juga meningkat kepada 20 di daerah Bentong, Raub dan Jerantut.

Katanya, kerajaan negeri juga meluluskan 30 projek durian di tanah seluas 3016.54 hektar milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (PSK).

“Di Bentong kita ada tujuh projek melibatkan keluasan tanah 277.68 hektar, di Kuantan ada tiga projek melibatkan 546.32 hektar, di Lipis kita ada enam projek melibatkan 681.07 hektar, di Maran ada satu projek melibatkan 16.6 hektar, di Raub ada sembilan melibatkan 1152.66 hektar dan di Temerloh ada empat projek melibatkan 342.1 hekta,” katanya semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Su Keong Siong dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, semalam.

Katanya, Program Pengembangan Teknologi (Transfer of Technology), bantuan khidmat nasihat secara teknikal, perundingan seperti pembukaan kawasan, pemilihan varieti yang berkualiti, kesesuaian tanah, kaedah pembajaan, kawalan penyakit dan perosak.

Selain itu, pensijilan MyGap (Amalan Pertanian Baik), program lepas tuai, laluan pasaran dan penghasilan produk industri hiliran dipantau dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Pahang.

Menjawab soalan tambahan dikemukakan ADUN Lantikan, Mohd Fadzli Mohd Ramly mencadangkan Pahang sebagai hab pengeluaran durian negara, Mohd Soffi menjelaskan kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan itu.

Related Posts

Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma

KUCHING – Syarikat perkhidmatan e-panggilan (e-hailing), Maxim Malaysia terus komited memperkasa usahawan tempatan di seluruh Sarawak menerusi program sokongan perniagaan yang bertujuan meningkatkan keterlihatan dan standard kebersihan premis perniagaan.   Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

IPOH – Kematian seorang lelaki berusia 54 tahun di sebuah rumah jagaan di Tanjung Rambutan, di sini, yang ditemukan mempunyai beberapa kesan kecederaan pada tubuhnya kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH

  • By Aden
  • August 5, 2026
PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH

Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma

Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma

Tiga keluarga RXZ Member 8.0 maut terima Faedah Sepanjang  Hayat Perkeso

  • By Aden
  • August 5, 2026
Tiga keluarga RXZ Member 8.0 maut terima Faedah Sepanjang  Hayat Perkeso

35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka bahas Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas 11 Ogos

35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka bahas Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas 11 Ogos

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar