Rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihat waspada, daftar E-Konsular

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya berjaga-jaga dan mengambil langkah keselamatan seperti biasa biarpun keadaan di Korea Selatan telah kembali pulih sepenuhnya dengan penguatkuasaan undang-undang tentera kini ditarik balik di seluruh negara.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau sedang berada di negara tersebut agar terus mengambil langkah keselamatan biasa dan kekal berwaspada.

“Orang ramai juga digalakkan untuk mengikuti panduan serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan masing-masing.

“Sebagai langkah proaktif, rakyat Malaysia yang berada di Korea Selatan disarankan untuk mendaftar kehadiran mereka melalui sistem E-Konsular bagi memudahkan pemberian bantuan sekiranya diperlukan.

Sebarang bantuan yang diperlukan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di No 129, Dokseodang-ro, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul 04419, Republik Korea.

Pejabat Kedutaan Malaysia juga boleh dihubungi melalui nombor telefon +82-2-2077 8600 (Talian Umum) dan +82-2-794 5488 atau dengan mengirim e-mel ke mwseoul@kln.gov.my.

Sebelum ini media melaporkan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera pada Selasa, sambil mendakwa parti pembangkang terlibat dalam ‘aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan,” lapor agensi berita Yonhap.

“Undang-undang tentera ini bertujuan membanteras kumpulan pro-Korea Utara dan melindungi kestabilan perlembagaan berteraskan kebebasan,” kata Yoon dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Langkah ini diambil selepas pembangkang, Parti Demokratik (DP) meluluskan rang undang-undang pengecilan belanjawan dalam Jawatankuasa Belanjawan Parlimen, selain mengemukakan usul pendakwaan terhadap seorang juruaudit negara dan ketua pendakwa raya.

Pada Rabu, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, menarik balik pengisytiharan undang-undang darurat selepas ahli Parlimen menentang keputusan itu dan ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan.

Cubaan mengejut Suk-yeol untuk melaksanakan undang-undang darurat, yang pertama dalam lebih empat dekad, mencetuskan krisis paling teruk dalam sejarah demokrasi moden Korea Selatan dan mengejutkan sekutu rapatnya di seluruh dunia.

Related Posts

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian
  • AdenAden
  • October 5, 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan secara teratur, bertanggungjawab dan berlandaskan undang-Undang berhubung isu pengurusan pelarian, kata Memteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara