AMK Perlis gesa polis ambil tindakan terhadap Cikgu Fadli

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Perlis menegaskan kenyataan dimuat naik pemilik akaun Facebook Mohd Fadli Salleh yang didakwa berunsur perkauman boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat jika tidak dibendung.

Ketuanya, Azzin Izzad Bahanudin berkata, beliau menggesa pihak polis segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu tersebut demi memastikan keharmonian dan keamanan negara terjaga.

“Saya telah melihat posting tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini di sebuah kedai makan di Kangar Jaya yang didapati menyentuh isu sensitif berkait kaum, agama dan raja (3R).

“Kenyataan tersebut tidak hanya mengandungi kenyataan yang mengganggu ketenteraman awam, tetapi juga berpotensi memecahbelahkan masyarakat,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini, hari ini.

Menurut Azzin, hantaran itu turut menimbulkan kemarahan dan reaksi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Pada pandangan saya, kenyataan yang dimuatkan dalam posting tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan ketegangan antara kaum dan agama.

“Di samping itu, saya juga berharap agar pihak polis dapat menasihatkan orang ramai mengenai penggunaan media sosial secara aman dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Beberapa hari lalu, satu hantaran daripada akaun tersebut menyatakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak boleh ditangguh kerana mangsanya adalah bangsa Melayu.

“1988 boleh ditangguhkan kerana banjir, 1999 boleh ditangguhkan kerana PRU, 2001 boleh ditangguhkan kerana Agong mangkat.

“Namun 2024 tak boleh ditangguhkan kerana mangsa banjir adalah Melayu.

“Kalau Cina? Confirm tangguh. Sejarah mempunyai hubungan yang panjang,” katanya dalam hantaran tersebut.

Related Posts

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5,000 pelarian Rohingya bakal dihantar pulang, KDN mula proses dokumentasi

BUKIT KAYU HITAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan proses mengenal pasti, mendokumentasi dan menjalankan tapisan terhadap pelarian Rohingya sebagai persediaan untuk menghantar pulang 5,000 warga Myanmar susulan persetujuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini