PPD kawasan banjir tentukan SPM perlu diteruskan atau sebaliknya

KUALA LUMPUR – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di kawasan-kawasan terlibat dengan bencana banjir akan memutuskan sama ada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 boleh diteruskan atau sebaliknya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, PPD merupakan pihak yang lebih mengetahui situasi di kawasan masing-masing secara terperinci dan teliti.

Menurutnya, pihak pengurusan KPM yang dipengerusikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah mengadakan perbincangan bagi mendapatkan pandangan dari semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan PPD yang merupakan pihak terdekat dengan kawasan banjir dan mengetahui keperluan yang diperlukan oleh mangsa.

“Pihak KPM berpendirian seperti dalam sidang akhbar yang telah dikendalikan oleh Menteri pada hari semalam.

“Pihak KPM akan memastikan calon-calon SPM ini bersedia dengan peperiksaan yang dijadualkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ali Anak Biju (PN-Saratok) pada sesi jawab lisan di Persidangan Dewan Rakyat, pagi tadi.

Semalam, Fadhlina pada sidang medianya dipetik berkata, KPM akan meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2024 di semua negeri terjejas banjir termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti yang dijadualkan bermula hari ini hingga Khamis, selepas mengambil kira nasihat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Katanya, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengenai situasi Monsun Timur Laut (MTL) yang berkemungkinan berpanjangan sehingga Februari 2025.

Jelas beliau, KPM sedia melaksanakan peperiksaan dalam situasi banjir berdasarkan kepada prosedur operasi standard Ops Payung dan Pelan Tindakan Menghadapi MTL.

Tambah beliau, KPM juga bekerjasama dengan agensi seperti Nadma, Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk memastikan peperiksaan SPM berjalan lancar.

Related Posts

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

KLANG – Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos, serta sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Bagaimanapun,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sokongan Malaysia terhadap Dasar Satu China bukan pendirian baharu, sebaliknya telah menjadi dasar negara sejak era Perdana Menteri kedua, Tun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

KGBS saran pendekatan kreatif jayakan PdPR tanpa bebankan guru dan murid

KGBS saran pendekatan kreatif jayakan PdPR tanpa bebankan guru dan murid

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis