PPDK Harapan Kasih Lahad Datu rai pelatih sempena Hari OKU sedunia

LAHAD DATU – Pelatih-pelatih Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Harapan Kasih dirai dalam majlis sederhana sempena Sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) sedunia, pada Selasa.

Penaung PPDK Harapan Kasih, Lendungan Adiman berkata, program ini amat penting bagi memastikan komuniti ini sentiasa diambil perhatian.

“Mereka ini boleh majukan diri dalam pendidikan atau sukan dan saya percaya dengan adanya didikan awal, mereka boleh berdikari sendiri dan mungkin boleh berniaga suatu hari nanti.

“Tahniah pada Jawatankuasa PDK dan petugas-petugas PDK yang berkomitmen tinggi dalam menjalankan amanah, semoga ini menjadi pahala buat semua,” katanya semasa berucap dalam Majlis sederhana itu di PPDK Harapan Kasih.

Sementara itu, Pengerusi PPDK Harapan Kasih, Patma Chongge berkata, PPDK kini mempunyai 100 pelatih termasuk pelatih lawatan rumah yang akan dikunjungi setiap hari Jumaat.

“Di sini ditawarkan kelas pemulihan agar anak-anak istimewa ini dapat menjaga diri mereka terutama mereka yang dewasa, manakala bagi yang kanak-kanak sasaran kita adalah membantu mereka, buka peluang didik mereka untuk jadi pelatih yang boleh mengurus diri agar mereka dapat memasuki Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

“Kita percaya esok lusa mereka boleh mencapai kemajuan sendiri dengan berdikari dan berjaya,” katanya.

Ibu bapa dan penjaga pelatih PPDK Harapan Kasih yang ditemui juga menzahirkan kegembiraan kerana program ini dilihat menjaga kebajikan golongan ini.

“Alhamdulillah dari program sebegini kita dapat lihat bahawa golongan ini wajar dirai agar apa sahaja keistimewaan mereka, mereka sentiasa berada bersama masyarakat,” kata Hastuti Said, 26.

“Saya seronok kerana saya nampak adik saya pun senang hati, dia boleh bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Apa yang saya harapkan adalah agar program berkaitan OKU seperti ini diteruskan,” kata Asyura Ande Mustakin, 27.

Majlis turut dimeriahkan dengan aktiviti mewarna, ‘music chair’, cabutan bertuah serta sesi perkongsian daripada Halipah Bachok, ibu kepada Muhd Amirul Asyraf Mohd Asri, seorang peguam muda OKU, 32, di Lahad Datu.

Related Posts

Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

KUCHING – Projek pembangunan bandar pintar dan kesalinghubungan digital di Greater Kuching dianggarkan bernilai RM550 juta bagi memperkukuh infrastruktur digital serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan bandar. Menteri Komunikasi, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

KUCHING – Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 Fasa 1 di Sarawak melibatkan nilai RM545 juta dengan hampir 350 lokasi dikenal pasti bagi memperluas capaian Internet di seluruh negeri. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa esok

Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa esok

RM698.4 juta dibelanjakan bagi projek tebatan banjir Sungai Golok

RM698.4 juta dibelanjakan bagi projek tebatan banjir Sungai Golok

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu