1,221 anggota APM Sabah siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

KOTA KINABALU – Seramai 1,221 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah bersama-sama dengan 128 aset darat dan 123 aset air di seluruh negeri sudah bersiap sedia menghadapi bencana Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarahnya, Mohd Yusoff Samad berkata, APM telah membuat persiapan dari segi keanggotaan dan juga aset bagi menghadapi MTL yang dijangka berakhir pada Mac 2025.

“Bagi APM secara keseluruhan persiapan yang dibuat dan atur gerak di pihak APM kita pada 24 jam pertama kita akan gunakan seramai 1,049 petugas yang melibatkan 30 daerah dan 10 daerah kecil.

“Ia melibatkan enam bahagian dalam Sabah bermula daripada Zon Kudat, Kota Kinabalu, Beaufort, Keningau, Tawau dan Sandakan.

“Dua hari selepas itu, secara kumulatif akan bertambah keanggotaan kita iaitu 1,221 dan seterusnya akan meningkatlah data.

“Ia disebabkan kita ada modus operandi APM iaitu tujuh hari, 14 hari selepas habis bencana kita akan ‘refresh’ balik dengan petugas yang baharu,” katanya selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Pegawai Kadet SISPA Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Dewan Auditorium Pascasiswazah UMS di sini pada Selasa.

Tambah beliau, dari segi logistik APM juga mempunyai pelbagai aset termasuk lori dan ambulan.

“Jumlah keseluruhan aset darat kita ada lebih kurang 128 manakala aset air kami ada 123 ini yang merangkumi semua daerah dalam Sabah,” ujarnya.

Katanya, di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah bersama Pejabat Hal Ehwal Keselamatan telah mengadakan beberapa siri mesyuarat iaitu di peringkat negeri dan daerah.

“Secara keseluruhannya persiapan di peringkat JPBN Negeri Sabah, kekuatan bagi petugas pada kali ini untuk monsun MTL 2024-2025 bagi fasa 1 dan fasa 2 berakhir pada Mac 2025, lebih kurang seramai 14,209 melibatkan pelbagai agensi iaitu antaranya polis, tentera, APM, bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Jumlah bagi keseluruhan logistik baik di air, darat dan udara melibatkan sebanyak 1,456.

“Pecahannya bagi logistik darat sebanyak 977 dan 463 untuk logistik air dan 16 adalah untuk logistik udara, jelasnya.

Related Posts

557 lampu jalan solar dicadang dipasang di laluan ke Pekan Kabong

KUCHING – Sebanyak 557 unit lampu jalan jenis diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar dicadangkan untuk dipasang di sepanjang laluan dari simpang Lebuh Raya Pan Borneo ke Pekan Kabong bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

KUCHING – Projek pembangunan bandar pintar dan kesalinghubungan digital di Greater Kuching dianggarkan bernilai RM550 juta bagi memperkukuh infrastruktur digital serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan bandar. Menteri Komunikasi, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

557 lampu jalan solar dicadang dipasang di laluan ke Pekan Kabong

557 lampu jalan solar dicadang dipasang di laluan ke Pekan Kabong

Tarif elektrik 2027: Pengguna berskala besar bayar lebih

Tarif elektrik 2027: Pengguna berskala besar bayar lebih

Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa esok

Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa esok

RM698.4 juta dibelanjakan bagi projek tebatan banjir Sungai Golok

RM698.4 juta dibelanjakan bagi projek tebatan banjir Sungai Golok