Malaysia hab penting hubungan Asean, global

PUTRAJAYA – Peranan Malaysia sebagai hab strategik di Asia Tenggara dapatbmenghubungkan rantau Asean dengan pasaran global, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, antara peranan utama Malaysia ialah memudahkan aktiviti perdagangan dan pelaburan, dengan mengambil kira Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) blok ekonomi rantau ini melebihi AS$3.6 trilion.

Beliau berkata, Asean yang memiliki populasi lebih 680 juta, menawarkan peluang besar kepada perniagaan yang ingin berkembang ke rantau ini.

“Bagi perusahaan China yang ingin menembusi rantau dinamik ini, Malaysia menawarkan diri untuk menjadi pintu gerbang yang ideal dengan lokasi strategik, infrastruktur kukuh dan tenaga kerja mahir.

“Melalui rangka kerja seperti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Malaysia dan China memupuk kerjasama lebih mendalam dalam pembangunan infrastruktur, perdagangan serta pelaburan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan Majlis Makan Malam Gala sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China dan Persidangan Presiden Persatuan Dunia Kali Kelima (5TH WAPC) di Wisma MCA, malam tadi.

Hadir sama Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan serta Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarkan buku meja kopi berjudul ‘Blossoming and Fruiting’ sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China.

Mengulas lanjut mengenai BRI, Ahmad Zahid berkata, inisiatif itu membolehkan Malaysia memposisikan negara sebagai pemudah cara utama dalam kesalinghubungan di Asean, khususnya dalam sektor sedang berkembang seperti tenaga hijau, ekonomi digital dan pembangunan mampan.

“Visi bersama kita untuk masa depan termasuklah memanfaatkan kawasan berpotensi tinggi ini untuk mewujudkan peluang pekerjaan, memacu inovasi dan meningkatkan kesalinghubungan serantau seiring dengan usaha kita untuk terus mengukuhkan peranan kita sebagai hab Asean,” katanya.

Related Posts

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

PUTRAJAYA – Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) perlu diperkasa secara holistik sebagai pendekatan pencegahan bagi menangani isu pematuhan imigresen, bukannya hanya bergantung kepada operasi serbuan dan penahanan besar-besaran. Profesional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pemegang MyKad lama kini boleh mendapatkan MyKad Generasi Baharu di semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara, bermula hari ini. Menurut soalan lazim yang disiarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii