Israel langgar perjanjian gencatan senjata

BEIRUT – Rejim Israel mengumumkan bahawa akan meneruskan serangan berterusan ke atas sasaran di Lubnan sekaligus menandakan peningkatan pelanggaran perjanjian gencatan senjata yang baru berusia kurang daripada seminggu.

Dalam satu kenyataan, rejim Israel memaklumkan bahawa mereka sedang menyerang sasaran di Lubnan dan butiran lanjut akan diumumkan kemudian, lapor Anadolu.

Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), jet pejuang Israel telah melancarkan dua serangan udara berhampiran bandar Jbaa serta kawasan antara Houmine El-Fawqa dan Deir Ez-Zahrani di selatan Lubnan.

Agensi itu turut melaporkan bahawa jet pejuang Israel melancarkan serangan udara di beberapa kawasan di Iqlim al-Tuffah, juga di selatan Lubnan.

Selain itu, dron Israel dilaporkan terbang di ruang udara ibu kota Beirut dan kawasan pinggirannya di bahagian selatan, menurut agensi tersebut.

Dalam kenyataan susulan, tentera Israel menyatakan bahawa mereka mengesan pelancaran roket ke arah utara Israel, yang menyebabkan siren serangan udara berbunyi di Lehavot HaBashan, di tenggara Kiryat Shmona.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak