Malaysia guna ‘soft diplomacy’ tangani pendekatan Trump

BERIKUTAN kembalinya Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS), Malaysia akan kekal sebagai negara berkecuali dan bersedia menghadapi sebarang perubahan landskap ekonomi.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia juga akan menggunakan ‘soft diplomacy’ dan berhati-hati tanpa memihak kepada mana-mana kuasa besar dalam menjaga kepentingan ekonomi negara.

“Ini adalah sesuatu yang kita mesti lihat, menggunakan ‘soft power diplomacy’, bagaimana tidak boleh dianggap sebagai terlalu cenderung kepada mana-mana pihak.

“Saya mahu meletakkan Malaysia sebagai negara tengah, tidak condong ke kanan mahupun ke kiri, dan kita juga mahu mengemudi Asean ke arah itu,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Tan Sri Low Kian Chuan mengenai pendirian Malaysia selaku pengerusi Asean 2025 bagi meletakkan kumpulan serantau itu pada kedudukan yang kukuh bagi menghadapi kemungkinan ancaman kenaikan tarif.

Baru-baru ini, Trump mengancam untuk mengenakan 100 peratus tarif ke atas negara-negara BRICS jika mereka menggantikan dolar AS dalam perdagangan antarabangsa.

Menurut laporan, Presiden yang dipilih itu menuntut komitmen daripada negara-negara ini bahawa mereka tidak akan mencipta mata wang BRICS baharu mahupun menyokong mata wang alternatif untuk menggantikan dolar AS.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pula berkata, Malaysia selaku negara rakan BRICS, akan mengikuti rapat perkembangan berkaitan ancaman bakal Presiden Donald Trump mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara-negara perkumpulan itu.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak