Kawasan Pangkalan TUDM Alor Setar dinaiki air banjir

ALOR SETAR – Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, dilaporkan dinaiki air antara 0.8 meter hingga satu meter susulan kejadian banjir yang melanda negeri ini sejak kelmarin.

Banjir turut menyebabkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ditutup sepenuhnya serta semua penerbangan masuk dan keluar dibatalkan sejak semalam.

Tinjauan The Malaysia Press di sekitar Pangkalan TUDM yang turut menempatkan Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas itu mendapati, kawasan terbabit tidak dapat dimasuki kenderaan ringan.

Turut dilaporkan terjejas adalah kawasan hangar menempatkan pesawat latihan Pilatus PC-7, apabila air turut memenuhi kawasan sekitar dan landasan pangkalan.

Difahamkan, banjir turut menyebabkan beberapa bangunan bawah kendalian TUDM dinaiki air, namun keadaan masih terkawal setakat pagi ini.

Dimaklumkan, anggota TUDM yang bertugas hari ini, dikerah memindahkan peralatan dan kelengkapan milik pasukan ke kawasan selamat berikutan amaran cuaca hujan berterusan ketika ini.

Bagaimanapun, operasi Pangkalan TUDM Alor Setar masih berjalan seperti biasa dengan semua anggota masih bertugas mengikut jadual.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat