Anak Muda Madani santuni mangsa banjir

ALOR SETAR- Sebanyak 100 keluarga mangsa banjir di sekitar Kota Setar menerima bantuan banjir menerusi Persatuan Anak Muda Madani di sini semalam.

Pengerusi Persatuan Anak Muda Madani , Datuk Zuraidi Rahim berkata, musibah banjir yang berlaku di beberapa daerah di Kedah hari ini menyebabkan mereka terpanggil turun bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

Katanya, pihaknya sangat simpati dengan musibah banjir yang melanda penduduk di daerah ini hingga menyebabkan ramai daripada mereka terpaksa berpindah atau menyelamatkan peralatan ke tempat yang lebih selamat.

“Pada hari ini pasukan kami turun menyampaikan bantuan barangan dapur kepada mangsa banjir yang tidak berpindah tetapi rumah mereka dinaiki air hingga terputus hubungan.

“Kami terpaksa meredah air setinggi kira-kira satu meter bagi menyampaikan sumbangan supaya dapat meringankan beban mereka sepanjang musim ini. Walaupun sumbangan ini tidak seberapa tetapi cukup untuk beberapa hari bagi menampung keluarga mereka,” katanya.

Menurut Zuraidi lagi, program ini juga bagi mendidik generasi muda supaya mereka simpati dan membantu insan yang menerima musibah seperti banjir hari ini.

“Alhamdulillah, sambutannya sungguh luar biasa apabila ramai daripada ahli ini terutamanya golongan muda turun bagi membantu mangsa banjir hari ini.

“Kami juga turut memberi semangat kepada mangsa banjir supaya mereka tidak kecewa dengan bencana yang menimpa mereka.

” Pada program ini saya sangat gembira dengan semangat anak muda Madani ini malahan ada diantara kalangan mereka sanggup basah kuyup meredah air bagi membawa dan menyampaikan sumbangan ini kepada mangsa banjir.

“Bagaimanapun kami berdoa semoga bencana ini tidak mengorbankan sebarang nyawa dan diharap air akan cepat surut,” katanya.

Tambahnya lagi, pada hari ini sebanyak lima kampung mereka datang menyampaikan sumbangan seperti Kampung Anak Bukit, Alor Sejaya, Kampung Titi Gajah, Pantai Johor dan Suka Menanti.

Jelasnya lagi, sumbangan itu akan diteruskan beberapa hari lagi ke daerah Pokok Sena, Padang Terap, Kubang Pasu dan Sik.

Related Posts

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Pengamal media di Sabah diharap terus menjadi rakan strategik kerajaan dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat, khususnya berkaitan pelaksanaan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Pengerusi Sekretariat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

TAWAU – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah ini perlu disegerakan dan diperbanyakkan bagi menangani isu banjir berulang yang semakin membimbangkan khususnya di beberapa kawasan berisiko. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang