Mustapha lawat kawasan terjejas banjir di Sepanggar

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud mengadakan lawatan dan tinjauan ke lokasi terjejas banjir di beberapa kawasan parlimennya di sini pada Sabtu.

Menerusi hantaran Facebook rasminya, beliau berkata tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengenal pasti jenis bantuan termasuk agensi yang berkaitan bagi membantu seterusnya meringankan beban mangsa terkesan bencana banjir akibat hujan lebat sejak Jumaat.

“Sebelum terbang ke Kota Kinabalu semalam, saya sudah mendapatkan laporan kawasan-kawasan dalam Parlimen Sepanggar yang terkesan hujan lebat daripada para pegawai kawasan.

“Setibanya di Kota Kinabalu sekitar pukul 1 pagi, saya putuskan untuk melawat beberapa lokasi pada pukul 6 pagi tadi.

“Antara kawasan yang sempat saya kunjungi antaranya Kampung Rampayan Laut, Taman Megah dan Kg Cenderakasih,” katanya.

Beliau bersama-sama dengan Pasukan Parlimen akan terus memantau kawasan-kawasan terjejas termasuk sekitar Inanam.

Sehubungan itu, Mustapha turut menyarankan individu yang terkesan banjir di Parlimen Sepanggar untuk menghubungi Penyelaras Kawasan iaitu Bronica (Inanam), 018-9633591; Rafee (Karambunai) 0138152995; Baslan (Darau) 011-21641933 dan Ahsim 014-3909660 bagi Pusat Khidmat Rakyat Sepanggar atau Farid, 019-8977000 bagi urusan Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi atau Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok