200 peniaga tarik nafas lega, Pasar Ikan Tawau dinaik taraf

TAWAU – Seramai 200 peniaga di Pasar Ikan Tawau kini boleh menarik nafas lega apabila kerja-kerja menaik taraf premis berkenaan selepas lebih 30 tahun, akhirnya dimulakan hari ini.

Seorang peniaga, Agus Mursan, 27, berkata projek naik taraf ini sememangnya tepat untuk dilaksana segera berikutan keadaan pasar ikan yang daif.

“Ayah saya sudah berniaga sejak sekian lama lebih 30 tahun selepas itu saya yang ganti dan inilah pertama kali pasar ikan ini dinaik taraf.

“Terima kasih kepada pihak berkaitan dan saya harap pasar baharu akan terbaik. Keadaan sekarang banyak yang perlu dibaiki terutama lampu yang rosak termasuk parit,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press di Pasar Ikan Tawau, pada Sabtu.

Seorang lagi peniaga, Masdar Udin, 29, gembira kerana pasar itu kini bakal berwajah baharu dan yakin memberi keselesaan pelanggan dan peniaga menjalankan urus niaga melibatkan makanan laut.

“Syukur sangat sebab pasar ini banyak sudah yang rosak, bumbung pun bocor jadi kalau hujan, air memang masuk. Selain itu, lantai pasar pun yang bermozek tu banyak suda yang pecah-pecah,” katanya.

Sementara itu, tinjauan The Malaysia Press ke Pasar Ikan mendapati kesemua peniaga membuka meja jualan di kawasan parkir pasar ikan bagi memberi laluan projek naik taraf pasar terbabit.

Walaupun perniagaan ikan pada hari pertama di kawasan parkir berjalan lancar dapat dilihat aliran trafik kawasan itu menjadi perlahan kerana kawasan parkir kini menjadi terhad selain merupakan tempat pengunjung untuk ke Pasar Tanjung.

Terdahulu, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dalam satu notis memaklumkan 30 unit parkir kereta dan sembilan unit parkir motosikal ditutup sementara untuk penempatan peniaga ikan bagi tempoh sebulan.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor