Fenomena air pasang besar diramal berulang malam ini

PUTRAJAYA – Penduduk di 43 kampung berhampiran 11 muara di Terengganu, tidak terjejas walaupun terbabit dengan kejadian air pasang besar, malam tadi.

Berdasarkan stesen cerapan Kuala Terengganu, air pasang besar berlaku selama satu jam bermula 8 malam tadi dengan ketinggian ombak 2.50 meter (m), manakala ombak dengan ketinggian 3.20m berlaku di daerah Kemaman selama satu jam bermula 9 malam.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Osman Abdullah, berkata tiada laporan banjir pantai dan perpindahan penduduk dilaporkan.

“Berdasarkan laporan Pusat Hidrografi Nasional Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), air laut pasang besar dijangka turut berlaku malam ini.

“Stesen cerapan Kuala Terengganu turut meramalkan fenomena sama malam ini membabitkan ketinggian ombak 2.50m bermula 8 malam hingga 9 malam.

“Berdasarkan stesen cerapan Kemaman pula, fenomena air pasang besar diramal turut berlaku selama satu jam bermula 9 malam ini dengan ketinggian 3.20m,” katanya.

Osman berkata, banjir pantai boleh berlaku jika hujan berterusan serentak dengan air pasang tinggi serta trend air menaik.

“Penduduk berhampiran muara sungai berisiko menjadi mangsa banjir jika pertembungan air berlaku.

“Ketika air pasang besar semalam, tiada kampung di muara sungai ditenggelami air berikutan tiada hujan, manakala air dari hulu belum mengalir ke laut,” katanya.

Tinjauan Berita Harian bersama pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu diketuai Penguasa Kanan Yusmaredza Mirza Mohd Ali di Kampung Losong Feri, malam tadi, mendapati air hanya naik setinggi kira-kira 0.3 meter.

Related Posts

Sulong masuk hutan Kelantan, Perhilitan pantau guna dron

Kelantan – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menggunakan dron bagi memantau pergerakan gajah liar jantan dikenali sebagai Sulong yang dipercayai sudah masuk ke kawasan hutan di Kelantan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu premis judi salah sendiri, Sanusi usah cuba alih tiang gol

PUTRAJAYA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak perlu bersikap menunding jari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kegagalan kerajaan negeri Kedah menutup premis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sulong masuk hutan Kelantan, Perhilitan pantau guna dron

Sulong masuk hutan Kelantan, Perhilitan pantau guna dron

Jangan bergantung harap dana dari langit

Jangan bergantung harap dana dari langit

Azmin sertai PKR, ‘ada orang jemput ke’

Azmin sertai PKR, ‘ada orang jemput ke’

PRN Melaka: PH-BN dijangka tentukan hala tuju sebelum Hari Malaysia

PRN Melaka: PH-BN dijangka tentukan hala tuju sebelum Hari Malaysia

SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos

SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos

Isu premis judi salah sendiri, Sanusi usah cuba alih tiang gol

Isu premis judi salah sendiri, Sanusi usah cuba alih tiang gol