Penjawat awam Pahang terima bonus sebulan setengah gaji

KUANTAN – Kerajaan Pahang meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan setengah gaji kepada penjawat awam di negeri ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Beliau berkata, bayaran ini akan dikreditkan pada tahun 2025 melibatkan peruntukan RM33.3 juta.

“Sebagai menghargai sumbangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan kerja baik dan meningkatkan pencapaian di masa hadapan, saya mengumumkan suatu BKK kepada anggota perkhidmatan awam Kerajaan Pahang.

“Kita bersetuju memberikan sebanyak satu bulan setengah gaji kepada setiap penjawat awam di bawah pentadbiran negeri,” katanya.

Selain itu Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang turut bersetuju menerima pakai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebagaimana diumumkan Kerajaan Persekutuan.

Jelasnya, SSPA akan memberikan kenaikan gaji sebanyak 15 peratus yang akan mula dibayar bermula Disember tahun ini.

“Sebanyak lapan peratus dan baki tujuh peratus bermula Januari 2026 yang melibatkan implikasi kewangan RM55.014 juta.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penjawat awam yang terus menerus memberikan dokongan dan keyakinan dalam melaksanakan amanah ini,” katanya.

Related Posts

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menerima 13 laporan polis setakat tengah hari Khamis susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer (km) utara dari Sandakan, Sabah pada jam 10.30 malam Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC