YTL paling corot, kesemua 51 menara telekomunikasi Jendela tak siap – Fahmi

KUALA LUMPUR – YTL Communications Sdn Bhd gagal menyiapkan 51 projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) dalam tempoh ditetapkan, kata Fahmi Fadzil.

Susulan kelembapan itu, Menteri Komunikasi meletakkan YTL dalam senarai syarikat paling corot menyiapkan projek menara telekomunikasi di bawah Jendela.

Fahmi malah mendedahkan, YTL sebelum ini menerima sebanyak 51 menara Jendela fasa satu dan semuanya belum beroperasi.

Bahkan, katanya, sebanyak 17 daripada 51 menara itu sudah melebihi tempoh sasaran sembilan bulan yang ditetapkan untuk beroperasi.

“Maksudnya, YTL yang paling corot. Minta maaf, saya terpaksa sebut di sini (Dewan Rakyat).

“Daripada 51 menara diterima, semua 51 tidak siap.

“Jadi saya sudah minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti menara yang menghadapi kelewatan,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Fahmi berkata demikian menjawab soalan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Bebas-Kuala Kangsar) berhubung status pelaksanaan projek menara telekomunikasi di bawah Jendela dan tindakan dikenakan terhadap kontraktor yang gagal melaksanakan projek di bawah Jendela mengikut tempoh masa ditetapkan.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap kontraktor sama ada di bahagian pertama atau kedua.

Tegas beliau lagi, penalti boleh dikenakan mengikut notis pemberitahuan penamaan kepada pembina menara atas kegagalan menyiapkan menara dalam tempoh ditetapkan.

“Antara penalti adalah ‘liquidated damages’ (ganti rugi tertentu), mengambil ‘performance bond’ (bon prestasi), penolakan tuntutan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Mulitmedia.

“Pada masa ini, tindakan yang sedang dipertimbangkan adalah mengenakan ‘liquidated damages’ kepada pihak yang terbabit,” katanya.

Fahmi berkata, sehingga Oktober lalu, sebanyak 1,385 daripada 1661 menara Jendela berjaya disiapkan dan daripada jumlah itu hanya 808 menara sudah beroperasi.

Katanya, CelcomDigi menerima 866 menara dan 366 masih dalam pelaksanaan manakala 193 menara sudah lebih sembilan bulan siap, namun belum beroperasi.

“U Mobile pula 143 menara siap dan 19 dalam pelaksanaan manakala dua melebihi tempoh sasaran sembilan bulan yang ditetapkan untuk beroperasi,” katanya.

Related Posts

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Oleh: Aman Muhammad ULASAN | Parti MCA mahu Menteri Besar Kedah keluarkan lessen judi semula. Disiarkan di laman rasmi MCA, kenyataan rasmi yang mendesak Menteri Besar Kedah kembalikan semula lesen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM