Taikun telekomunikasi Ananda Krishnan meninggal dunia pada usia 86 tahun

KUALA LUMPUR – Taikun jutawan T Ananda Krishnan meninggal dunia pada Khamis 28 November 2024 di usia 86 tahun.

Orang keenam terkaya di Malaysia itu telah membangunkan empayar yang merangkumi sektor telekomunikasi termasuk juga minyak dan gas.

Syarikatnya, Usaha Tegas Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan Ananda Krishnan meninggal dunia dalam keadaan tenang dan keluarganya ingin berkabung secara peribadi.

“Beliau telah membuat sumbangan besar kepada pembinaan negara dan dunia korporat,” kata Usaha Tegas lagi.

Malah menyatakan inisiatif dermawannya telah menyentuh banyak kehidupan.

Pencapaian terakhir yang direkod, taikun itu menduduki tempat keenam orang terkaya Malaysia oleh Forbes dengan nilai bersih AS$5.1 bilion (RM22.66 bilion).

The Edge melaporkan, Ananda Krishnan mencipta sebahagian besar kekayaannya pada 1980-an dan 1990-an yang menjadikannya rapat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pegangan Ananda Krishnan termasuk pengendali rangkaian mudah alih Maxis Bhd (Maxis), syarikat televisyen berbayar Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) dan firma perkhidmatan medan minyak Bumi Armada Bhd (Armada).

Mendiang Ananda Krishnan memilih untuk menjarakkan diri daripada tumpuan media sepanjang hayatnya, walaupun perniagaannya berkembang.

Beliau berulang-alik antara Malaysia dan Perancis, di mana dia menghabiskan sebahagian besar masanya bersama isterinya.

Anak lelaki tunggalnya adalah seorang sami Buddha di Thailand, manakala dua anak perempuannya tidak berminat untuk mengambil alih perniagaannya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak