Caj insurans kesihatan naik mendadak akan bebankan hospital, klinik kerajaan – MMA

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira melahirkan kebimbangan susulan peningkatan ketara caj premium insurans kesihatan.

Tegasnya lonjakan caj insurans kesihatan itu boleh menyebabkan kebergantungan kepada sistem penjagaan kesihatan awam yang sudah terlalu terbeban ketika ini.

Beliau berkata, hal ini kerana pemegang polisi insurans yang sudah tidak mampu membayar premium atau kadar perlindungan yang tidak mencukupi tiada pilihan memilih sistem penjagaan kesihatan awam.

Katanya, walaupun pelarasan kepada premium insurans mungkin diperlukan untuk mengambil kira kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat, namun ia perlu kekal dalam kadar yang munasabah dan berpatutan.

“Polisi insurans harus direka bentuk untuk menampung semua kumpulan pendapatan supaya kewangan untuk kesihatan sentiasa tersedia.

“Selain itu, mereka yang mempunyai polisi sedia ada juga tidak sepatutnya terbeban dengan kenaikan premium yang tidak dirancang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Justeru, Dr Kalwinder berharap pendekatan yang seimbang adalah penting untuk mengekalkan ekosistem penjagaan kesihatan yang mampan yang memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan.

Semalam, beberapa ahli Parlimen blok kerajaan menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) mengawal dan menyiasat kenaikan 40 hingga 70 peratus caj premium insurans kesihatan yang dikenakan kepada pengguna.

Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang menggerakkan kempen isu kesihatan bersama beberapa ahli Parlimen lain, menyeru BNM menyiasat dan mengkaji semula syarikat insurans yang mengeluarkan notis kenaikan itu.

“Kalau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh melaksanakan siasatan mengaut keuntungan berlebihan ke atas kenaikan, contohnya 10 sen sebiji telur.

“Kenapa BNM tidak boleh membuat siasatan ke atas kenaikan berpuluh sehingga beratus kenaikan premium?” katanya dalam sidang media di Parlimen, pada Rabu.

Related Posts

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

AYER KEROH – Kerajaan MADANI menolak sebarang desakan untuk mengawal stesen penyiaran dan agensi media sebaliknya komited mengekalkan kebebasan laporan berteraskan adab dan tertib. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan, Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

AYER KEROH – PKR tidak boleh menganggap keresahan yang wujud dalam kalangan masyarakat sebagai sentimen yang sengaja dicipta pihak tertentu, sebaliknya perlu memahami puncanya dan menawarkan penyelesaian bagi mendapatkan semula…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu