Semua pihak perlu akur gencatan senjata di Lubnan

PUTRAJAYA – Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Lubnan sambil menekankan bahawa perkembangan positif itu sebagai langkah pertama untuk meredakan ketegangan dan menstabilkan semula rantau Timur Tengah.

Melalui satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar memaklumkan Malaysia menggesa semua pihak menghormati dan mematuhi syarat gencatan senjata yang dipersetujui itu.

Dalam masa yang sama, Kementerian Luar mengulangi gesaan supaya menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, termasuk Resolusi 1701 (2006).

Ia merujuk kepada perlindungan terhadap orang awam dan akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan kepada rakyat Lubnan yang menderita akibat konflik berpanjangan.

Kementerian itu berkata, gencatan senjata pada kadar segera dan kekal di Gaza juga perlu dilaksanakan dengan akses tanpa sekatan kepada bantuan kemanusiaan.

“Keamanan di Timur Tengah hanya boleh dicapai apabila wujudnya Palestin yang merdeka, bebas dan berdaulat,” menurut kenyataan itu.

Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah hasil perantaraan Amerika Syarikat dan Perancis mula berkuat kuasa semalam.

Related Posts

PAC syor pegangan saham tempatan MAHB dikekalkan sekurang-kurangnya 70 peratus

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan pegangan saham tempatan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Selangor: Kejayaan LRT3 hasil kerjasama pelbagai pihak, bukan milik mana-mana individu

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam merupakan hasil kesinambungan perancangan, komitmen dan kerjasama pelbagai pihak merentasi beberapa pentadbiran, bukannya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan