Operasi tren KTM Pantai Timur terjejas akibat banjir

PUTRAJAYA – Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad memaklumkan perkhidmatan tren antara bandar di Pantai Timur terjejas susulan keadaan banjir dan tanah mendap di beberapa kawasan.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Zain Mat Taha berkata, setakat hari ini kawasan dikenal pasti tidak selamat akibat paras air melebihi tahap rel adalah di KM493 hingga KM490.85 membabitkan laluan Pasir Mas dan Tanah Merah.

Katanya, perkhidmatan KTM antara bandar untuk perjalanan ke Pantai Timur membabitkan tren Ekspres Rakyat Timuran No 27 bagi laluan Johor Bahru (JB) Sentral ke Tumpat dibatalkan mulai malam tadi.

“Hari ini perkhidmatan tren yang turut terjejas adalah Ekspres Rakyat Timuran No 26 dan No 27 bagi laluan laluan JB Sentral-Tumpat-JB Sentral dan Shuttle Timuran laluan Kuala Lipis-Gua Musang-Tumpat akibat ditenggelami banjir.

“Perkhidmatan tren terpaksa dibatalkan demi keselamatan penumpang dan kami akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bagi penumpang yang terkesan dan tidak dapat meneruskan perjalanan, KTM Berhad akan memberikan pemulangan tambang penuh.

Katanya, pemakluman mengenai penutupan laluan serta maklumat terkini akan disalurkan secara berterusan melalui khidmat pesanan ringkas dan hebahan di media sosial rasmi KTM Berhad.

Related Posts

PAC syor pegangan saham tempatan MAHB dikekalkan sekurang-kurangnya 70 peratus

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan pegangan saham tempatan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Selangor: Kejayaan LRT3 hasil kerjasama pelbagai pihak, bukan milik mana-mana individu

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam merupakan hasil kesinambungan perancangan, komitmen dan kerjasama pelbagai pihak merentasi beberapa pentadbiran, bukannya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan