Selepas tujuh tahun berlalu, Terengganu terus lesu

ENTAH kenapa nama Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terus ‘dilambung’ oleh Pas dan Perikatan Nasional (PN) sebagai calon Perdana Menteri ke-11.

Walaupun sebahagian besar pemimpin utama Bersatu – parti gabungan PN – kekal mahu menggunakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘poster boy’ mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Biasanya, kalau jadi ‘poster boy’ maka Muhyiddin juga akan dipilih sebagai Perdana Menteri selepas ini.

Memang Ahmad Samsuri atau Dr Sam lebih berpelajaran dan pernah bertugas sebagai jurutera aeroangkasa di syarikat antarabangsa sebelum berhijrah ke bidang politik.

Namun, Ahli Parlimen Kemaman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu tidak terlalu cemerlang dalam menerajui negeri Terengganu.

Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob berkata, prestasi ekonomi Terengganu ketinggalan itu secara tidak langsung menunjukkan Pas terlalu meletakkan harapan besar terhadap Dr Sam.

“Sedangkan hakikatnya beliau tidak mahir mentadbir negeri atau menarik pelaburan asing, apatah lagi jika mahu membandingkan Dr Sam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kemerosotan perolehan KDNK Terengganu menunjukkan Dr Samsuri tidak memiliki kompetensi hingga mengakibatkan rakyat Terengganu rugi,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Nadhir yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Kemaman itu berkata, Pas tidak bijak menilai bakat dalam kalangan ‘jemaah’ parti itu.

Ujarnya, pujian berlebihan terhadap Dr Sam juga hanya bersifat retorik semata-mata dan tidak memberikan nilai tambah kepada negeri Terengganu secara umumnya.

Selepas kira-kira tujuh tahun bergelar Menteri Besar Terengganu, Dr Sam bergelut untuk membuktikan kemampuan dan kebolehan beliau.

Di sebalik menerima wang ihsan atau royalti hampir RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutuan – hasil minyak dan gas – Dr Sam tidak berdaya untuk mempelbagaikan sumber hasil negeri.

Akhirnya, statistik Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) direkodkan Terengganu sangat tercorot dibandingkan negeri lain.

Terengganu mencatat pertumbuhan hanya 9.9 peratus berbanding Kelantan 29.3 peratus dan Pahang 33.8 peratus dalam tempoh enam tahun.

Bagaimana Dr Sam mahu menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri jika beliau gagal mempamerkan kebolehan mentadbir sebuah negeri yang memiliki banyak potensi seperti Terengganu.

Pas mahu pun PN wajar bersikap realistik dalam hal membabitkan pentadbiran sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan kaum seperti Malaysia.

Permainan sentimen agama dan bangsa tertentu tidak akan membantu mereka memenangi hati rakyat dan pengundi.

Perselisihan dalaman untuk menentukan calon daripada parti mana lebih layak menjadi Perdana Menteri perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Jangan sampai orang melihat PN adalah gabungan yang sesuai dikenali sebagai Pertikaian Nasional pula.

Sementara menunggu kumpulan dalam gabungan PN menyelesaikan semua masalah itu, belajarlah daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimana cara menjadi seorang Perdana Menteri yang mementingkan kesejahteraan rakyat berbanding diri sendiri.

Related Posts

Pencalonan PM: Ucapan Zahid kepada Hamzah undang pelbagai tafsiran

KENYATAAN bahawa hak Menteri Besar Negeri Sembilan bukan milik mutlak UMNO, terkini sekutu Pas dalam Perikatan Nasional (PN) pula mengangkat Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

RAMAI sebelum ini menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan perubahan yang mencukupi, sedangkan Perdana Menteri berdepan pelbagai cabaran termasuk sokongan politik yang tidak kukuh, kerajaan gabungan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendedahan RCI Tabung Haji perlu dijadikan iktibar

Pendedahan RCI Tabung Haji perlu dijadikan iktibar

Anwar beri Tuan Ibrahim 48 jam untuk minta maaf

Anwar beri Tuan Ibrahim 48 jam untuk minta maaf

Tidak benar RCI TH didedah demi raih undi PRN Negeri Sembilan

Tidak benar RCI TH didedah demi raih undi PRN Negeri Sembilan

RCI TH: Sah Tabung Haji bermasalah, pelaburan pula mencurigakan sebelum 2018

RCI TH: Sah Tabung Haji  bermasalah, pelaburan pula mencurigakan sebelum 2018

Sarawak perkukuh agenda STEM lahir peneraju ekonomi masa depan

Sarawak perkukuh agenda STEM lahir peneraju ekonomi masa depan

RCI TH: Naim sifatkan pengurusan Tabung Haji ‘wira yang tidak didendang’

RCI TH: Naim sifatkan pengurusan Tabung Haji ‘wira yang tidak didendang’