Tidak benar RCI TH didedah demi raih undi PRN Negeri Sembilan

JEMPOL – Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dibuat bagi mempengaruhi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya keputusan itu dibuat selepas melalui proses dan pertimbangan daripada Kabinet.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan mendedahkan laporan berkenaan dicapai secara sebulat suara oleh Jemaah Menteri selepas mengambil kira keperluan dalam memastikan syor-syor yang terkandung dalam laporan itu dilaksanakan terlebih dahulu demi memulihkan keyakinan pendeposit.

“Tidak (bukan strategi pilihan raya), kita sudah melalui proses, kita bawa ke Jemaah Menteri dan dibincangkan dalam Jemaah Menteri. Dan keputusannya adalah keputusan sebulat suara. Bukan bukan hanya untuk mendedahkan, tapi untuk dibahas di Dewan Rakyat dan juga untuk pihak berkuasa mengambil tindakan daripada bukan hanya 2014 hingga 2020, tapi boleh luar daripada tempoh itu. Lebih awal ataupun sehingga ke hari ini.

“ini kerana kita mahu Tabung Haji adalah sebuah institusi bagi Melayu Islam yang sangat-sangat penting. Teramat penting. Saya pun seorang pendeposit, ayah saya, ahli keluarga saya pun pendeposit. Jadi sudah pasti untuk ramai pendeposit, mereka mahukan Tabung Haji berada dalam kedudukan yang jauh lebih baik.

Jadi kita nak keadilan, kita nak penjelasan dan teliti penuh laporan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Kempen Internet Selamat dan Sahabat MADANI di Felda Palong 2.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pendedahan laporan RCI mula dibangkitkan susulan soalan di Dewan Negara minggu lalu sebelum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan kesediaan kerajaan untuk menyahklasifikasikan dokumen berkenaan selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Menurut beliau, kelewatan pendedahan laporan itu bukan disebabkan faktor politik, sebaliknya atas permintaan Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Rashid Hussain yang juga bekas ahli RCI, sejurus dilantik menerajui institusi berkenaan pada 2023.

“Kenapa sekarang? Kenapa bukan tiga tahun yang lalu? Taklimat daripada Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Rashid Hussain, yang juga merupakan salah seorang ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja itu, beliau pada tahun 2023 sejurus selepas menjadi Pengerusi telah meminta kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, hold dulu.

“Jangan release kerana kita nak membina keyakinan di kalangan pendeposit dengan melaksanakan syor-syor yang telah diletakkan dalam laporan tersebut.

“Jadi hari ini kita tahu 75 peratus daripada syor dalam laporan RCI ini telah dilaksanakan. Tapi ada beberapa syor termasuk tindakan-tindakan perundangan, tindakan oleh badan-badan penguatkuasaan itu perlu disusuli. Itu yang Perdana Menteri sebut Polis Diraja Malaysia, AMLA, SPRM, Bank Negara akan mula mengambil tindakan,” katanya.

Mengulas dakwaan memperosalkan laporan tersebut tidak menggunakan perkataan ‘sakau’, Fahmi menjelaskan, laporan siasatan rasmi sememangnya menggunakan istilah perundangan yang tepat seperti “rasuah” dan bukannya bahasa harian.

“Jadi sekarang terpulang kepada pihak berkuasa, pihak berwajib untuk meneliti dan mengambil tindakan. Sekiranya ada mana-mana pihak… dan kita lihat berlaku keadaan seperti apa yang disebut sebagai creative accounting. Pada ketika… pada tahun 2017, keadaan Tabung Haji rugi RM1.4 bilion tapi diubah suai angka-angka untuk menjadikan seolah-olah dia untung RM3.4 bilion.

“Itu satu creative accounting atau dengan kata lain, penipuan angka-angka yang sebenarnya itu… that is very, very bad lah. Dan dapatan siasatan menunjukkan ia bukan hanya berlaku pada tahun 2017, tapi sejak 2014 lagi.Jadi kita serah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya.

Related Posts

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUCHING – Kerajaan Persekutuan kini bertindak beralih kepada pendekatan tindakan awalan bagi menangani situasi jerebu yang melanda negara dengan lebih berkesan, disokong oleh peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta bagi Operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia