Setiap rakyat Suriname dapat royalti minyak, gas sekitar RM3,349 – Presiden

PARAMARIBO – Presiden Suriname, Chan Santokhi pada Isnin mengumumkan program ‘Royalti untuk Semua’ ketika negara Amerika Selatan itu merancang untuk mendapatkan keuntungan daripada rizab minyak dan gas yang ditemukan, baru-baru ini.

Suriname dan Guyana yang kedua-duanya bekas jajahan Belanda, menjangka memperoleh berbilion dalam tahun mendatang daripada deposit minyak mentah luar pesisir yang kaya.

Pakar memaklumkan Suriname sebuah negara dengan 600,000 orang akan memperoleh kira-kira AS$10 bilion dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

Menurut Bank Dunia, hampir satu daripada lima rakyat Suriname hari ini hidup dalam kemiskinan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan kira-kira AS$3.4 bilion (kira-kira RM15.2 bilion).

Bulan lalu, kumpulan Perancis TotalEnergies mengumumkan projek bernilai AS$10.5 bilion (kira-kira RM44 bilion) untuk mengeksploitasi medan minyak di luar pantai Suriname dengan kapasiti pengeluaran 220,000 tong sehari.

Pengeluaran sepatutnya bermula pada 2028.

Pada Isnin, AFP melaporkan Santokhi berkata royalti akan dibayar supaya setiap rakyat boleh mendapat manfaat dan keuntungan daripada minyak dan gas.

Setiap rakyat akan menerima AS$750 (kira-kira RM3,349) dalam akaun simpanan, dengan kadar faedah tahunan tujuh peratus, katanya dalam ucapan Hari Kemerdekaan.

“Semua orang akan mendapat manfaat daripada peluang ini dan tiada siapa yang akan tercicir.

“Anda adalah pemilik bersama pendapatan minyak,” ikrar presiden.

Santokhi sebelum ini berkata bahawa negaranya sedar mengenai ‘sumpahan minyak’ yang juga dikenali sebagai ‘penyakit Belanda’.

Ia menimpa negara kaya sumber lain seperti Venezuela, Angola dan Algeria yang tidak dapat mengubah kekayaan minyak menjadi kejayaan ekonomi.

Dengan kekayaan minyaknya, Norway menjadi pengecualian kepada ‘sumpahan’ itu dengan membina dana kekayaan berdaulat untuk masa-masa sukar.

Suriname menubuhkan dana serupa dengan menjangkakan kemasukan wang tunai minyak.

Related Posts

Tentera Israel didakwa anggap bayi Palestin musuh masa depan

SIDANG Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu bertukar tegang apabila beberapa negara anggota bertelagah mengenai laporan tahunan berkaitan nasib kanak-kanak dalam konflik bersenjata. Dalam sesi berkenaan, Amerika Syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangladesh tolak permintaan PBB tambah tanah untuk kem Rohingya

DHAKA – Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan lebih banyak tanah bagi menempatkan pelarian Rohingya, sambil menegaskan penyelesaian jangka panjang terhadap krisis itu adalah melalui penghantaran pulang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor