UMNO Kedah gesa Kerajaan Negeri dedah dan bertanggungjawab ke atas kegagalan projek Langkasuka-Langkawi

ALOR SETAR – UMNO Kedah terkejut dan memandang serius tindakan Bin Zayed International menarik diri daripada usahasama pembangunan mega ‘Langkasuka-Langkawi’ baru-baru ini.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, usahasama yang diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ini dilihat sangat sensasi dan kegagalannya harus diperjelaskan kepada rakyat secara telus dan tuntas.

Katanya, UMNO Kedah juga bimbang kegagalan usahasama ini turut memberi kesan terhadap pengumuman-pengumuman lain yang turut dibuat oleh Sanusi sebelum ini.

‘Ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa Kerajaan Negeri tidak mempunyai ‘kepakaran’ dan ‘kebolehan’ menilai latar belakang rakan usahasama. Ataupun ketidakupayaan Kerajaan Negeri melunaskan beberapa komitmen yang tertera di dalam perjanjian persefahaman.

‘UMNO Kedah juga memohon agar Kerajaan Negeri dengan segera membuat ‘forensik’ khas mengkaji punca kegagalan projek yang pernah dibangga-banggakan sebelum ini.

‘Rakyat berhak mendapat maklumat yang betul kerana mereka juga harus diberi peluang penilaian terhadap Kerajaan Negeri yang mereka pilih di dalam pilihan raya negeri yang lalu,” ujarnya.

Jelasnya lagi, UMNO Kedah ingin membuat kesimpulan bahawa Kerajaan Negeri yang sedia ada sekarang gagal dan tidak sama sekali mampu mengadakan usahasama bertaraf antarabangsa dan lima bintang.

UMNO Kedah juga yakin gagasan ‘The Greater Kedah’ yang dicanangkan oleh Kerajaan Negeri dan Menteri Besar hanyalah bersifat propaganda dan tunggangan politik semata-mata tanpa memberi manfaat kekal kepada rakyat.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar