Tanggung perjalanan lawatan PM, tiada unsur rasuah boleh dikaitkan

TINDAKAN terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beberapa syarikat menanggung perjalanan dan lawatan rasmi Perdana Menteri ke lima negara baru-baru ini disifatkan sebagai tindakan yang betul dan tepat.

Ketua Penerangan Rasuah Buster Selangor dan Wilayah Persekutuan, Dr Helmi Ibrahim berkata, pengakuan Perdana Menteri di Dewan Rakyat itu telah melenyapkan unsur-unsur rasuah yang boleh dikaitkan dengan lawatan itu.

“Perdana Menteri tidak berahsia, tidak menyembunyikan hal itu, tiada ‘hanky panky’ bahawa perjalanan urusan rasmi ke lima negara itu turut ditanggung oleh beberapa syarikat besar.

“Saya fikir ini langkah terpuji, betul dan tepat, pendedahan ini juga menunjukkan kejujuran Perdana Menteri yang sekaligus mematikan apa-apa unsur rasuah yang boleh dikaitkan dengan perkara itu,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Dr Helmi berkata, sebagai pemimpin negara dan ahli politik yang berpengalaman, sudah pasti Perdana Menteri tahu baik buruknya atas apa setiap tindakan yang beliau lakukan.

Tegasnya, tidak ada salahnya syarikat-syarikat besar ini menanggung kos perjalanan Perdana Menteri kerana ia merupakan urusan kerja yang turut melibatkan syarikat mereka.

“Perkara ini tidak boleh dikaitkan dengan unsur rasuah, kerana syarikat syarikat yang menaja perjalanan Perdana Menteri itu masing-masing mempunyai agenda perniagaan di negara yang Datuk Seri Anwar kunjungi sebagai contoh Proton yang mengadakan majlis perasmian pelancaran kilang pemasangan Proton Saga di Kaherah, Mesir.

“Maknanya, memang ada program syarikat mereka di negara tersebut yang mesti dihadiri Perdana Menteri, jadi apa salahnya. Bukannya menaja untuk tujuan yang tidak pasti sambil mengharapkan ada sesuatu laba menanti,” katanya.

Dr Helmi yang juga Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal (MEH) berkata, pihak-pihak tertentu terutama pembangkang tidak harus melatah dan terus mengecam Perdana Menteri kerana apabila dikaji ternyata tiada melibatkan unsur-unsur rasuah.

“Ia berbeza seperti amalan sebelum ini di mana terdapat syarikat yang menaja penjawat awam membuat lawatan ke luar negara dengan mengharapkan balasan imbuhan untuk kepentingan perniagaan mereka.

“Malah sebelum ini terdapat syarikat yang senyap-senyap menaja penjawat awam, sekumpulan department jabatan melancong keluar negara, bermain golf dan sebagainya sebaik sahaja mereka menerima pembiayaan kononnya sebagai tanda terima kasih.

“Ini terang-terang rasuah! Perkara ini dah lama berlaku sejak dulu lagi. Adakah ia sama dengan apa yang Perdana Menteri lakukan? Pastinya berbeza dan tidak sama, justeru pihak pembangkang disaran tidak mempolitikkannya,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri memberitahu Dewan Rakyat, beliau mengambil pendekatan lain di bawah pentadbirannya untuk memastikan perbelanjaan bagi membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan dengan secekap mungkin.

Beliau berkata, syarikat yang membantu membiayai kos perjalanannya turut diundang dalam lawatan rasmi ke luar negara kerana mereka mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan di negara ini.

“(Lawatan) Baru-baru ini kita buat cara lain sebab saya lihat kos perjalanan selalunya agak tinggi. Jadi, kali ini apa yang kita lakukan adalah dengan kerjasama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz).

“Kita undang syarikat-syarikat terbabit umpamanya Petronas, Sapura Energy, Yinson, Proton dan (syarikat semikonduktor) yang datang mengikuti dalam rombongan (negara). Mereka bayar tambang dan kos.

“Jadi, maknanya tak salah saya sekitar 70, 80 peratus kos penerbangan itu ditanggung oleh syarikat yang ada kepentingan perniagaan pelaburan. Kerajaan bantu syarikat ini sama ada import dan eksport,” kata Anwar.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

PENEMUAN serpihan seramik lama dan beberapa artifak di Bukit Batu Putih, Kuala Perlis mungkin kelihatan kecil pada pandangan biasa, namun di sebalik tinggalan itu tersimpan persoalan lebih besar mengenai sejarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran