Kos lawatan rasmi ke tiga benua: 75 peratus ditanggung syarikat swasta – PM

KUALA LUMPUR – Implikasi kos perjalanan lawatan rasmi Perdana Menteri dan delegasi merentas tiga benua yang membabitkan lima negara destinasi dibiaya 70 hingga 80 peratus oleh syarikat swasta yang turut menyertai urusan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kos perjalanan itu sangat tinggi namun kerajaan mengubah cara dengan mengundang syarikat-syarikat berkaitan untuk membayar tambang dan kos.

“Kos yang baru ini kita buat cara lain, sebab saya lihat kos perjalanan agak tinggi. Jadi kali ini dengan kerjasama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kita undang syarikat-syarikat yang terlibat.

“Macam Petronas, Sapura Energy, Yinson , Proton dan juga banyak syarikat semikonduktor, mereka datang ikut dalam rombongan dan mereka bayar tambang dan kos.

“Maknanya sekitar 70-80 peratus kos penerbangan itu ditampung oleh syarikat-syarikat yang ada kepentingan perniagaan dan pelaburan di negara-negara (dilawati) kerana kerajaan bantu syarikat-syarikat ini sama ada import atau eksport.

“Jumlah sebenar itu belum (dihitung) sebab baru balik semalam. Saya tahu kos itu memang tinggi kerana KL-Cairo-Riyadh-Cairo-Lima-Rio De Janeiro- Doha -KL … itu memang sampai setengah dunia, tiga benua.

“Tapi 75 peratus daripada kos ditampung oleh syarikat,” jelas Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sebelum ini, Anwar melakukan lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 November lalu atas jemputan daripada rakan sejawatnya Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ketujuh (CIIE ke-7) di Shanghai.

Selepas itu, Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil bermula 9 November sehingga kelmarin.

Lawatan selama 11 hari ke empat negara itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh kerjasama strategik dan menjana potensi pelaburan besar bagi Malaysia.

Related Posts

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?