Belanjawan Sabah 2025: Peniaga gerai kecil tepi jalan sambut baik bantuan RM5,000

TAWAU – Bantuan ‘one-off’ sebanyak RM5,000 kepada peniaga gerai kecil tepi jalan yang diumumkan Kerajaan Sabah menerusi pembentangan Belanjawan Sabah 2025 disambut baik dan memberi sinar kegembiraan kepada penerima.

Seorang peniaga, Hasmia Tasong, 52, berkata, bantuan berkenaan amat diperlukan pada masa kini dan dapat mengurangkan beban kewangan bagi membeli barangan mentah.

“Alhamdulillah atas rezeki ini dan memang amat membantu peniaga kecil seperti kami terutamanya dalam membeli barangan serta bahan mentah untuk jualan selain barangan keperluan dapur kami di rumah.

“Macam saya berjualan makanan seperti lekor dan pisang goreng serta air balang, jadi untuk bahan seperti tepung itu selalu agak sukar sikit diperoleh dan memang harga naik, jadi syukurlah dapatlah kami gunakan bantuan itu dengan sebaiknya.

“Apa yang saya harapkan adalah permohonan bantuan kewangan itu nanti tidaklah susah dan dapatlah ditunjukkan bagaimana cara memohonnya,” katanya ketika ditemui di gerai jualan di Taman Sawit Balung, pada Jumaat.

Sementara itu, seorang lagi peniaga makanan segera gerai kecil tepi jalan, Adam Mikail, 39, turut menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Sabah atas inisiatif kepada peniaga kecil.

“Dalam hal begini, kami peniaga kecil amat menyokong penuh dan baguslah jika kerajaan negeri beri bantuan ‘one-off’, maksudnya kami pun menerima manfaat menerusi pembentangan belanjawan tadi.

“Amatlah wajar kerajaan bantu kami (peniaga). Cuma, saya pun berharaplah agar bantuan yang diumumkan itu sampai kepada peniaga,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan Sabah julung kali menyediakan bantuan ‘one-off’ sebanyak RM5,000 kepada peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun semasa pembentangan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri Sabah pada Jumaat berkata, inisiatif berkenaan sebagai tanda keprihatinan kerajaan Sabah membantu peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Related Posts

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meneruskan agenda pembasmian kemiskinan menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dengan memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan pencapaian sifar miskin tegar negeri. EXCO Pembasmian Kemiskinan, V…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas