Penjawat awam Selangor terima durian runtuh 2 bulan gaji

PENJAWAT awam negeri Selangor tersenyum lebar kerana bakal menerima durian runtuh sebanyak dua bulan gaji.

Berita gembira itu diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan 2025 negeri itu, hari ini.

Menurutnya, Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji itu sebagai menghargai komitmen dan usaha yang disumbangkan oleh kakitangan kerajaan negeri tahun ini.

Jelasnya, pemberian ini adalah tambahan daripada BKK sebanyak satu setengah bulan yang sudah diterima sebelum ini.

“Suka saya ingin mengumumkan BKK yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah tambahan lagi dua bulan kepada seluruh penjawat awam negeri Selangor.

“Ini meliputi pelbagai syarat-syarat kita tetapkan dengan satu bulan akan dibayar pada 31 Disember depan dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac tahun depan sempena menyambut Aidilfitri dan persiapan hari raya,” katanya di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini, bayaran BKK satu bulan setengah sudah dibayar pada Februari dan Mei yang lalu.

Related Posts

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meneruskan agenda pembasmian kemiskinan menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dengan memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan pencapaian sifar miskin tegar negeri. EXCO Pembasmian Kemiskinan, V…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas