Dua pelajar Peru ditawarkan biasiswa sambung pengajian di Malaysia

PUTRAJAYA – Malaysia menawarkan dua biasiswa kepada pelajar Peru untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tahun depan.

Dalam kenyataan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra, kedua-dua pemimpin mengiktiraf kepentingan untuk mengukuhkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan latihan.

“Perkara ini termasuk menerusi pertukaran biasiswa, pengiktirafan kelayakan, perkongsian pakar dan bertukar-tukar pengetahuan dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama,” kata dua pemimpin berkenaan pada Rabu.

Terdahulu, Anwar dan Dina Ercilia mengadakan pertemuan dua hala di Istana Kerajaan di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas penghormatan dianugerahkan Order of the Sun of Peru atau ‘El Sol del Peru’ – darjah ‘Grand Cross’ oleh Presiden Peru.

Pertemuan dengan Dina Ercilia itu ialah susulan perjumpaan pertama kedua-dua pemimpin berkenaan di luar Minggu Pemimpin Ekonomi APEC di San Francisco, Amerika Syarikat pada November 2023.

Anwar tiba di Lima kelmarin, menandakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke negara Amerika Latin itu sejak menyandang jawatan berkenaan pada 2022.

Lawatan Perdana Menteri ke Peru, termasuk penyertaan beliau dalam Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 dari hari ini hingga Sabtu, dijangka memperkukuh hubungan dua hala antara dua negara.

Related Posts

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

KUALA LUMPUR – Kos haji bagi Musim Haji 1448H/2027M kekal RM33,300 bagi setiap seorang jemaah haji iaitu pengekalan kos yang sama untuk tahun keempat berturut-turut. Tabung Haji (TH) dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif