Projek IKR beri manfaat penduduk pantai timur Sabah

TAWAU – Kementerian Ekonomi berpuas hati dengan beberapa pelaksanaan projek berimpak kecil Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) 2023 di pantai timur Sabah yang jelas memberi manfaat pada ribuan penduduk di kawasan terlibat.

Setiausaha Politik (Supol) Menteri Ekonomi, Che Zam Hamzah berkata, pihaknya perlu memastikan IKR siap sepenuhnya termasuk memasang papan tanda IKR.

“Kita mahu projek itu efisien dan efektif, sekiranya projek seperti membuat jalan hanya untuk tiga buah rumah sahaja, kurang sesuai.

“Bagaimanapun, seperti yang kita buat lawatan tadi menaik taraf jambatan dapat membantu dan memberi kesan kepada lebih 2,000 penduduk dan Alhamdulillah saya pergi beberapa tempat saya puas hati,” katanya.

Beliau  berkata demikian kepada The Malaysia Press selepas kunjungan hormat ke Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan lawatan tapak projek IKR di sini, pada Isnin.

Antara projek yang dilawati adalah projek menaik taraf Surau Kampung Duryan Blok 31, pembinaan longkang konkrit di Jalan Apas dan menaik taraf jambatan kayu ke konkrit di Tanjung Batu.

Dalam pada itu, Che Zam berkata, pihaknya melihat bahawa projek IKR ini juga dapat membantu rakyat biasa untuk memohon sekali gus mengurangkan birokrasi.

Sehubungan itu, beliau berharap agar rakyat sedar bahawa Kerajaan Perpaduan khususnya Kementerian Ekonomi sentiasa berusaha untuk membantu demi kepentingan rakyat menerusi IKR.

Terdahulu, Che Zam memulakan kunjungan dan lawatan IKR sejak 4 November lepas di Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Tawau dan akan diteruskan ke Kalabakan serta berakhir di Semporna pada Jumaat ini.

Kunjungan dan lawatan juga akan diteruskan ke Pantai Barat Sabah seperti Beaufort, Penampang dan Papar.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil