Aktivis politik kecewa buat laporan polis, dakwa difitnah pendakwah

ALOR SETAR – Seorang aktivis politik buat laporan polis pada Ahad lalu mendakwa dirinya difitnah oleh seorang pendakwah dari utara yang membuat laporan rasuah terhadap dirinya sebelum ini.

Aktivis tersebut, Zamil Ibrahim berkata, laporan polis dibuat bagi membersihkan namanya selepas ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, laporan tersebut dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini dengan mendakwa laporan SPRM dibuat oleh pendakwah itu bertujuan merosakkan kredibiliti dan karier politiknya.

“Laporan SPRM oleh pendakwah terlibat saya anggapnya sebagai palsu dan fitnah jahat, satu penganiayaan, merosakkan kredibiliti malah cubaan menjejaskan karier politik saya di mata pemimpin yang saya hormati,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Dakwa Zamil, laporan SPRM tersebut itu juga menjejaskan nama baik polis termasuk IPD Dang Wangi Kuala Lumpur berhubung satu laporan polis yang dibuatnya pada 20 Oktober tahun lalu berkaitan penyalahgunaan wang derma orang ramai oleh pendakwah berkenaan.

Menurutnya, tuduhan ke atas dirinya yang seolah-olah boleh mengarahkan pihak berkuasa menghentikan siasatan terhadap pendakwah berkenaan adalah tidak wajar.

“Saya dihubungi pendakwah tersebut dua minggu lepas untuk berjumpa bagi menyelesaikan pertelingkahan antara kami.

“Saya tidak pernah menjangkakan pertemuan kedua saya dengan pendakwah berkenaan di masjid tersebut bersama wang dan rombongan SPRM Kedah.

“Saya tidak pernah sama sekali meminta wang, menetapkan harga atau meminta apa-apa. Beliau hadir di pekarangan masjid untuk bertemu pada 5 November lepas setelah saya selesai solat jenazah dan membawa wang,” dakwanya lagi.

Zamil mendakwa bahawa selepas pertemuan tersebut, beberapa pegawai SPRM Kedah tiba dan menyatakan berlaku cubaan merasuah.

Pada Rabu lalu, media melaporkan, seorang aktivis politik bersama dua lagi individu direman empat hari sehingga 9 November bagi membantu siasatan SPRM.

Ketiga-tiga suspek ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah konon bagi membantu menyelesaikan kes penggubahan wang haram (AMLA) membabitkan dirinya yang sedang dalam siasatan polis.

Related Posts

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

KUANTAN – Gerakan koperasi di Pahang mencatat perolehan RM1.13 bilion tahun lalu, meningkat 15 peratus berbanding 2024, manakala jumlah aset keseluruhan kini melebihi RM1.73 bilion. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan pembangunan pusat data baharu di kawasan yang tidak mempunyai kapasiti bekalan air dan tenaga mencukupi bagi menampung keperluan industri berkenaan. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin