Perlengkap generasi muda ilmu agama, terap nilai Islam dalam AI

PUTRAJAYA – Generasi muda Islam perlu diperlengkapkan dengan ilmu keagamaan, termasuk al-Quran, selain ilmu dalam bidang teknologi, supaya dapat mengintegrasikan nilai Islam dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai permulaan pelajar Islam di Malaysia diwajibkan membaca 40 hadis Arbain Imam Nawawi bersama terjemahan.

“Kita akan memulakan dengan menyiapkan buku-buku terjemahan, kemudian kita akan mengembalikan semula (apa yang) dibatalkan, termasuk bantuan kepada sekolah agama.

“Bantuan kepada sekolah agama rakyat dibatalkan pada tahun 2003, tetapi setelah kami mengambil alih Kerajaan Madani, kami mengembalikan semula bantuan kepada sekolah agama rakyat di seluruh negara,” katanya ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar di Kaherah, malam tadi.

Anwar berkata, kerajaan juga bersetuju menambah bantuan dan biasiswa kepada anak Malaysia melanjutkan pengajian dalam bidang ilmu Islam, perubatan dan kejuruteraan.

Selain itu, beliau berkata, pelajar dari maahad tahfiz juga disalurkan ke bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya, selain menguasai bahasa Arab dan al-Quran, mereka dapat memperoleh kemahiran dalam teknologi seperti kejuruteraan, AI dan sebagainya.

Malah, ada antara mereka berjaya menjadi juruterbang.

“Ini adalah antara program yang sedang dilaksanakan di Malaysia. Bidang-bidang yang saya sebutkan ini luas dan besar,” katanya.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak