Miskin bukan halangan berjaya, perkasa agenda pendidikan Bumiputera

PUTRAJAYA –  Jurang ketara dalam sektor pendidikan dan kerjaya profesional antara Bumiputera berbanding etnik lain mencerminkan cabaran struktural yang sedang dihadapi serta kesan kepada pembangunan sosioekonomi mereka.

Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, kemiskinan keluarga yang menimpa kumpulan Bumiputera mempengaruhi prestasi pendidikan anak-anak susulan berdepan cabaran kekurangan bahan pembelajaran, tiada sokongan pembelajaran tambahan seperti tuisyen dan persekitaran belajar yang tidak kondusif di rumah.

Menurutnya, Laporan Kluster Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 membuktikan graduan Bumiputera menghadapi kadar pengangguran lebih tinggi berbanding bukan Bumiputera.

“Pada 2022, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan pengangguran graduan seramai 187,800 orang, dengan Bumiputera mencecah 70.9 peratus berbanding Cina 17.8 peratus, India 6.4 peratus dan lain-lain 4.9 peratus.

“Selain itu, penyertaan Bumiputera di dalam kerjaya profesional juga masih rendah. Walaupun Bumiputera membentuk lebih 70 peratus populasi Malaysia, penyertaan dalam kerjaya seperti arkitek, peguam, dan akauntan masih rendah berbanding bukan Bumiputera,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Sehubungan itu, Anuar berkata, pendidikan awal kanak-kanak Bumiputera perlu diperkasa dengan pembukaan lebih banyak pusat asuhan dan tadika di kawasan pendalaman serta perpendapatan rendah, yang dilihat penting dalam memastikan mereka mendapat asas kukuh dalam pembelajaran.

Pada masa sama, beliau berpandangan, terdapat keperluan untuk memperluaskan akses internet di luar bandar serta menyediakan komputer atau peranti kepada pelajar Bumiputera dari keluarga kurang berkemampuan, selain memperbanyakkan tuisyen khususnya mata pelajaran mencabar kepada murid keluarga miskin terutamanya di luar bandar.

“Menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan lebih menyeluruh yang dilihat menjadi faktor utama dapat membantu murid Bumiputera meneruskan pendidikan ke peringkat tinggi. Beri Inisiatif kepada yang cemerlang tetapi daripada keluarga kurang berkemampuan selain menawarkannya bagi kursus kritikal seperti perubatan, kejuruteraan, dan teknologi maklumat.

“Selain itu, perkukuhkan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk melatih pelajar Bumiputera dengan kemahiran teknikal yang relevan dengan keperluan industri. Institusi itu yang lebih moden dan canggih perlu dibangunkan di luar bandar untuk memberi peluang kepada bumiputera yang tidak memilih laluan akademik konvensional,” katanya.

Mengulas lanjut, Anuar yang juga Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, UKM berkata, kesedaran pentingnya pendidikan di peringkat ibu bapa perlu diambil perhatian serius agar anak-anak peka dengan kepentingan memiliki ilmu selain membantu meningkatkan penglibatan mereka dalam pendidikan.

“Ibu bapa di sekolah pedalaman belum terlibat secara aktif. Mereka biasanya menghadapi kekangan untuk disebabkan oleh faktor kemiskinan atau kekurangan kesedaran tentang peranan mereka dalam pendidikan anak-anak.

“Selain itu, kita menambah guru terlatih di luar bandar. Kualiti guru berperanan besar dalam kejayaan akademik. Ramai murid Bumiputera di luar bandar memerlukan bimbingan guru terlatih khususnya dalam subjek kritikal Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

“Pada masa sama, tingkatkan Program Kesihatan Mental dan Sokongan Emosi secara berkala kepada murid Bumiputera yang dikenal pasti berisiko untuk keciciran pendidikan. Kesihatan mental baik adalah asas kepada prestasi akademik cemerlang. Justeru, menyediakan program seperti kaunseling dapat membantu murid mengurus tekanan dan menanamkan keyakinan diri,” katanya.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak