Konflik Laut China Selatan: Bincang hati ke hati, tak perlu bertelagah – PM

BEIJING – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibincangkan secara bilateral dan ‘hati ke hati’.

“Isu Laut China Selatan, pendirian dia dengan kita itu kuat… kalau ada-apa masalah, kita bincang cara hati ke hati, bilateral dan multilateral.

“Kita guna juga mekanisme Asean dan bagi kita tak harus ada pertelagahan,” katanya dalam sidang akhbar di Beijing sempena lawatan kerja ke China, pada Khamis.

Pada 15 Oktober lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia akan terus menyuarakan pendirian tegas berhubung isu Laut China Selatan di pelbagai platform bagi memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara terus kekal terpelihara.

Jelas beliau, semua pertikaian dan penyelesaian isu berhubung Laut China Selatan hendaklah berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuklah Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982, atau dengan izin, United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 (UNCLOS 1982).

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu