Pelajar senior UPNM mengaku tidak bersalah buli guna seterika

PEGAWAI Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior.

Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Egusra Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap panas pada jam 11.45 malam di ALK UPNM, Kem Sungai Besi.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana daripada dua hukuman terbabit.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman menawarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin berikutan jenis dan keseriusan kesalahan itu.

“Mangsa mengalami kecederaan lecur tahap kedua (second degree burns) di bahagian kanan dada.

“Selain itu, perbicaraan kes ini bakal membabitkan saksi rakan seasrama, jurulatih dan kes berkepentingan awam akan menjadi panduan kepada pelajar lain iaitu kesalahan membuli, bukan sahaja hukuman tetapi ikat jamin juga tinggi supaya peruntukan undang-undang ini tidak dipandang rendah sebagai peruntukan kesalahan ‘non bailable offence’,” katanya.

Mohd Sabri turut memohon arahan tambahan supaya tertuduh tidak mendekati saksi-saksi kes.

Amirul Iskandar yang tidak diwakili peguam memohon jaminan lebih rendah dengan alasan ibu bapanya adalah pesara kerajaan dan dia sendiri masih belajar.

“Saya berjanji untuk hadir di setiap prosiding perbicaraan,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan jumlah jaminan ke atas tertuduh sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 27 Disember untuk sebutan semula kes.

Ibu dan bapa tertuduh hadir untuk membayar jaminan.

Terdahulu, tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jam 9.47 pagi tadi dengan berkemeja putih dan bergari, diiringi anggota polis.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu