Malaysia dilanda wabak taasub berskala besar?

SETIAP manusia dikurniakan akal oleh Allah SWT namun sejauh manakah kurniaan itu dimanfaatkan?

Pertanyaan ini nampak seperti klise tetapi dalam konteks Malaysia sekarang, itu perlu dibawa ke ‘meja bulat’.

Kenapa itu dikatakan sedemikian?

Jawapannya, negara kita kini dilanda suatu wabak – ketaasuban yang melampau.

Kalau anda menjenguk media sosial pasti dapat ditemukan ‘persekitaran’ itu dengan cukup mudah.

Hal itu banyak kelihatan dalam naratif yang berbau pergolakan politik.

Di sini, yang paling jelas terpapar, sokongan melampau penyokong pembangkang ke atas perilaku pemimpin mereka.

Apabila pemimpin mereka memfitnah, berjemaah kegilaan itu disambut kemudian disebarkan tanpa mengira dosa pahala.

Contoh terbaharu, mereka menyokong kenyataan fitnah Ahli Parlimen Pendang ke atas Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Dalam satu sesi perbahasan di Parlimen, ahli politik itu menuduh ada bekas menteri DAP ‘menyimpan’ RM94 juta.

Susulan itu, bertebaran kenyataan penyokong pembangkang dalam media sosial, mengutuk DAP dengan tuduhan yang sangat ekstrem.

Walaupun akhirnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikannya, kecaman ke atas DAP tidak terhenti di situ.

Penyokong pembangkang terus taasub – mempercayai kata-kata Ahli Parlimen Pendang tanpa usul periksa seolah-olah naratif itu ‘kandungan kitab’.

Walaupun cuba diberi penjelasan oleh netizen lain sama ada dengan bahasa yang santun sementelah lagi bahasa yang ‘bergaram’, mereka tidak berganjak.

Hal itu samalah dengan isu mimpi yang kononnya dialami oleh ‘Tuan Guru’ mereka – bertemu Rasulullah SAW dengan ‘kisah tertentu’ .

Diyakini mereka kisah itu secara total tanpa menyaringnya biarpun dalam hal tertentu ada sisi yang amat diragui.

Apabila ditanya, jika mimpi itu didakwa dialami pemimpin parti lawan khasnya Perdana Menteri Kesepuluh (PMX), adakah mereka mempercayainya, ada penyokong pembangkang berkata, itu sukar diyakini.

Bagi mereka segala dakwaan ketua mereka betul dan ‘wajib’ dipercayai serta diakuri.

Perkara itu menjadi lebih nyata jika pentaasuban itu bermodalkan isu agama dan isu bangsa.

Dalam isu agama, pentaasuban itu sangat laris dalam aspek melabelkan pihak lawan sebagai sesat dan mereka di pihak yang suci.

Dalam isu bangsa, pentaasuban sangat laku dengan cara meletakkan DAP pada posisi ‘watak jahat’.

Hal itu dipertentangkan dengan pihak mereka yang kononnya ‘berwatak baik’.

Segala-gala tentang DAP dinaratifkan sebagai pengkhianat; perosak Islam dan penjahanam Melayu.

Kata-kata seperti kafir harbi dan komunis dilabelkan sewenang-wenangnya ke atas DAP.

Pihak lain yang menyokong DAP pula dilabelkan sebagai barua dan tali barut.

Pentaasuban itu disemai ke pemikiran penyokong oleh pemimpinnya dalam sebarang kesempatan – ceramah pilihan raya, program khas parti, dan aktiviti media sosial.

Segala-gala ruang diambil, dipusingkan faktanya bagi menjayakan agenda pembodohan.

Akibatnya, penyokong tidak mendapat tahu hal sebenar sebaliknya menelan sampah fitnah pemimpin mereka.

Bagi mereka, yang benar itu hanya yang keluar daripada mulut pemimpin mereka.

Yang terbit daripada pihak lawan semuanya palsu, berniat jahat, dan wajib ditentang.

Dalam isu pengibaran bendera China di Teluk Intan, contohnya, mereka percaya itu angkara Nga Kor Ming.

Mereka menelan bulat-bulat hasutan Razman Zakaria bahawa itu program DAP dan Islam serta Melayu sedang terancam.

Mereka sanggup turun berhimpun dekat Menara Condong itu kemudiannya bagi ‘menyelamatkan’ Melayu dan Islam atas ancaman yang langsung tidak wujud.

Terdahulu itu, mereka mengecohkan isu ‘kapal perang China’ berlabuh di Pulau Pinang.

Walaupun penjelasan panjang lebar telah diberi oleh pihak berwajib, pembangkang memilih mempercayai hasutan pemimpinnya.

Mereka sanggup ‘berperang’ sesama Islam demi parti hasil hasutan pihak atasan yang sebenarnya ‘menunggang’ agama dan bangsa.

Mereka sedang membina fahaman berbahaya demi Tok Guru dan pemimpin yang bagi mereka tidak pernah silap.

Demikianlah wabak taasub yang sedang melanda negara ini.

Wabak itu kian membesar dan memberi ancaman terhadap keharmonian negara.

Sampai bila ini mahu dibiarkan?

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan