Kasihan penyokong pembangkang

PERKEMBANGAN terkini pergolakan politik tanah air nampaknya kian menghimpit pembangkang.

Dalam sehari dua ini sahaja, dua isu besar terarah kepada integriti blok politik itu.

Apa tidaknya, dua isu terkini – kartel baja dan pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (KHAZANAH) – cukup memeningkan mereka untuk ‘bersilat’.

Hingga kini, rata-rata pemimpin pembangkang masih membisu.

Masing-masing menarik kepala ke dalam cengkerang seumpama kura-kura yang terancam.

Mereka gusar kalau-kalau tersilap cakap, mereka terkena penendang di pentas sayembara.

Dua kes ini muncul mendadak seperti serangan mengejut tentera Iraq ke atas Kuwait dalam Perang Teluk 1991.

Sebelum dua isu itu meletup, bukan main galaknya pembangkang memperlekeh Kerajaan Perpaduan di Parlimen.

Sungguhpun hujahan mereka kebanyakannya ‘kosong’, mereka teguh dengan kebebalan yang ‘tidak boleh dibawa berunding’.

Antara yang ‘buka dada’ baru-baru ini seorang bekas Timbalan Menteri yang ‘boleh tahan sembangnya’.

Dengan sebutan kearab-araban, dia menghuraikan naratif ‘reshuah’ dengan ekspresi yang bukan main-main.

Seminggu dua terdahulu, pemimpin pembangkang galak ‘menembak’ Perdana Menteri (PM) dan Kerajaan Perpaduan sekalipun kebanyakannya menggunakan peluru kapur.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu – Rosol Wahid – contohnya, keluar dari garis kebiasaan perbahasan belanjawan negara dengan mempersoalkan ketepatan pengunaan kosa kata ketimbang oleh PM.

Pada masa itu, riuh-rendah seluruh negara ‘menganjing’ PM menggunakan kosa kata ketimbang hinggakan ada ‘artis’ keparat menggubah lirik lagu.

Seronok betul mereka mencari dosa kering tanpa menyedari bahawa penggunaan kosa kata itu menepati langkah pelaksanaan entri (perekodan) kata dan peristilahan oleh Kamus Dewan.

Setakat ini, setelah meletus isu kartel baja dan pelaburan PNB/Khazanah, keriuhan itu tidak berlaku dalam kalangan pemimpin pembangkang.

Yang riuh mempertahankan kebatilan mereka hanyalah ‘soldadu bawahan’ yang tidak tahu apa-apa pun.

Hanya mereka yang memekak memaki Kerajaan Perpaduan dan mencerca PM.

Mereka tetap menafikan pelibatan pemimpin pembangkang dan proksi blok politik itu dalam kemelut tersebut.

Mereka tekal mengheret Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan mengatakan Kerajaan Perpaduan boneka parti itu.

Mereka tidak penat-penat mengatakan bahawa itu agenda jahat menjatuhkan Melayu dan mengancam Islam.

Demikianlah kuatnya kasih sayang penyokong pembangkang kepada pemimpin dan partinya.

Kasihan mereka; sanggup menambah dosa atas perkara yang sia-sia.

Jelasnya tidak banyak perbezaan antara penyokong pembangkang ketimbang ahli dan pengikut Global Ikhwan Sendirian Berhad (GISB).

Perbandingan ini sekali imbas nampak melampau tetapi buktinya sangat nyata.

Demikianlah kisahnya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX