SPRM tahan dua bekas pengurus besar bantu siasatan kartel baja

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua bekas pengurus besar sebuah pertubuhan pertanian semalam bagi membantu siasatan salah guna kuasa membabitkan kartel perolehan baja bernilai kira-kira RM60 juta.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an itu ditahan sekitar jam 8.30 malam, ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk dirakam keterangan.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan kartel perolehan baja membabitkan sebuah pertubuhan badan awam dipercayai mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa,” menurut sumber itu.

Menurut sumber SPRM itu, Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Sazly Md Sani, membenarkan kedua suspek direman tiga dan empat hari, selepas permohonan dibuat SPRM pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan berkenaan dan kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Pada 30 Oktober, media melaporkan SPRM menahan seorang eksekutif pemasaran sebuah syarikat, berhubung dakwaan kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor