Tiga cedera angkara kanopi dihempap pokok sawit ketika hadiri majlis perkahwinan

LARUT – Gara-gara sebatang pokok sawit tumbang lalu menghempap kanopi untuk berteduh, seorang lelaki patah kaki, manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan ketika menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Sungai Kuning, Selama, dekat sini, pada Sabtu.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berusia 20 tahun sedang berteduh daripada hujan di bawah kanopi berhampiran pokok berkenaan bersama dua individu lain.

Ujarnya, sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.44 tengah hari, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama diatur gerak ke lokasi tersebut.

“Terdapat tiga orang mangsa lelaki iaitu masing-masing berusia dalam lingkungan 20 dan 17 tahun.

“Ketika kejadian, kesemua mangsa sedang berteduh di khemah itu disebabkan hujan dan disusuli ribut sebelum sebatang pokok sawit tumbang lalu menimpa kanopi di mana tempat mereka berteduh,”katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Jelas beliau, ekoran insiden itu, salah seorang daripada mereka telah mengalami kecederaan patah kedua-dua belah kaki manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan ringan.

“Pasukan bomba yang berada di lokasi melakukan kerja-kerja pemotongan terhadap pokok sawit yang tumbang dengan menggunakan gergaji berantai.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah berjaya dibawa keluar dan diserahkan kepada pasukan petugas kesihatan untuk tindakan lanjut,”ujar Sabarodzi.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Hafidz Md Rahim itu tamat pada jam 2.48 petang.

Related Posts

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

KOTA KINABALU – Pelajar yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran baru-baru ini akan ditempatkan sementara di asrama bagi memastikan pembelajaran mereka tidak terganggu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan