Anwar lancar laporan Indikator Kos Sara Hidup

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan laporan Indikator Kos Sara Hidup (KSH) 2023 sempena Majlis Ulang Tahun Jubli Intan ke-75 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, laporan julung kali dilancarkan itu merangkumi Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan Indeks Kos Sara Hidup (IKSH).

“PAKW dibangunkan oleh DOSM untuk memberi nilaian kos kehidupan wajar.

“Pembangunan PAKW bermula pada 2018 dengan mengambil kira corak perbelanjaan isi rumah berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah.

“Ia juga merujuk kepada jumlah perbelanjaan bulanan diperlukan isi rumah atau individu untuk mencapai kehidupan wajar yang memenuhi keperluan, kehendak dan kemampuan menyertai aktiviti kemasyarakatan.

“Nilai PAKW ditentukan oleh dua faktor utama iaitu lokasi dan ciri demografi seperti umur, jantina dan saiz isi rumah.

“Justeru, nilai PAKW bagi setiap isi rumah berbeza bergantung kepada ciri-ciri demografi dan lokasi tempat kediaman,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Mohd Uzir berkata, PAKW dibangunkan atas prinsip keperluan melebihi minimum dengan mengambil kira tiga aspek kehidupan wajar iaitu keperluan, kehendak dan penyertaan sosial berdasarkan corak pendapatan atau perbelanjaan isi rumah.

“Ia turut mengambil kira kos makan di luar dan konsep minimum pelbagai untuk pilihan perbelanjaan makanan.

“Dari segi komponen makanan, PAKW mengambil kira keperluan diet asas yang memenuhi keperluan pemakanan seimbang mengikut Piawaian Pengambilan Nutrien yang Disyorkan (RNI), Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kalkulator PAKW yang dikenali sebagai MyPAKW dibangunkan untuk menganggar jumlah perbelanjaan asas bagi taraf kehidupan,” katanya.

Katanya, MyPAKW membolehkan orang ramai mengetahui nilai rujukan mereka bagi perbelanjaan asas kehidupan di kawasan dan lokasi masing-masing.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP