Anwar arah Khazanah buat audit dalaman siasat kerugian RM43.9 juta Fashion Valet

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan Fashion Valet bernilai RM43.9 juta baru-baru ini.

“Selaku Pengerusi, saya telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta baru-baru ini.

“Arahan tegas ini adalah sebagai memaknai pengumuman saya sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik, selain memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab dan fungsi masing-masing,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam kenyataan di platform X pada Sabtu.

Setakat ini penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor sudah memulakan siasatan terhadap kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet).

Difahamkan siasatan itu dijalankan disebabkan sebab jumlah kerugian yang direkodkan kedua-dua agensi berkaitan kerajaan berkenaan terlalu besar dan membabitkan kepentingan awam.

Related Posts

Mendidik masyarakat lebih penting daripada menang pilihan raya – Aminuddin

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan usaha mendidik masyarakat supaya menilai sesebuah kerajaan berdasarkan prestasi, bukannya sentimen perkauman, sebagai pencapaian paling bermakna sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mendidik masyarakat lebih penting daripada menang pilihan raya – Aminuddin

Mendidik masyarakat lebih penting daripada menang pilihan raya – Aminuddin

Calon MB BN Negeri Sembilan belum dimuktamadkan

Calon MB BN Negeri Sembilan belum dimuktamadkan

Kemenangan BN-PN bukan alasan untuk mendabik dada

Kemenangan BN-PN bukan alasan untuk mendabik dada

Polis tahan lelaki disyaki hina institusi diraja Perlis

Polis tahan lelaki disyaki hina institusi diraja Perlis

Tidak rasmi: BN-PN tawan Negeri Sembilan, Anthony dan Tok Min tewas

Tidak rasmi: BN-PN tawan Negeri Sembilan, Anthony dan Tok Min tewas

Tidak rasmi: BN mendahului 16 kerusi PRN Negeri Sembilan

Tidak rasmi: BN mendahului 16 kerusi PRN Negeri Sembilan