Hari Keputeraan Sultan Perak: Lebih 3,000 jemaah hadir ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat

RAJA Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bersempena Hari Keputeraan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada Jumaat.

Hadir mengiringi, keberangkatan baginda Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Turut hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim.

Majlis yang turut dihadiri lebih 3,000 jemaah itu berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Muda Musa Mahadi, sekitar jam 12.30 tengah hari.

Majlis dimulakan dengan majlis bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat sebelum disusuli dengan Solat Jumaat yang dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan.

Terdahulu, Syed Mohd Muzaffar membacakan teks Khutbah Jumaat yang bertajuk ‘Raja Adil Negara Stabil’ yang disediakan JAIPk.

Menerusi khutbah berkenaan beliau berkata, rakyat wajib taat kepada raja pemerintah yang adil demi memastikan kestabilan negeri dan kerukunan masyarakat.

Justeru ujarnya, institusi beraja sebagai tonggak kestabilan perlu dipertahankan kerana ia berperanan sebagai payung negeri dan negara yang menjunjung amanah bagi menyempurnakan tanggungjawab dalam Perlembagaan Negara serta Undang-undang Tubuh negeri.

“Raja pemerintah bukan institusi yang kaku sekadar bahan hiasan untuk melakukan tugas-tugas keraian semata-mata.

“Sebaliknya raja pemerintah sebagai ketua negeri mempunyai tugas dan tanggungjawab duniawi terhadap rakyat dan negeri, di samping tanggungjawab terhadap Ilahi yang akan dinilai pada hari kebangkitan,” katanya melalui teks khutbah sama.

Related Posts

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan pembangunan pusat data baharu di kawasan yang tidak mempunyai kapasiti bekalan air dan tenaga mencukupi bagi menampung keperluan industri berkenaan. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

IPOH – Lebih RM4.08 juta nilai barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah dan ketum dilupuskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak selepas kira-kira 5,000 kertas siasatan berkaitan kes berkenaan selesai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?